Lapor Diri

Alhamdulillah selesai sudah sesi melapor diri kembali ke UiTM Kedah baru-baru ini. Ini kali ketiga melapor diri semenjak memulakan tugas sebagai pensyarah, kali pertama di Matrikulasi UIA pada tahun 2001 dan kemudian apabila memulakan khidmat sebagai pensyarah di UiTM Kedah tahun 2002. Disebabkan hari pertama selepas 4 tahun kembali bekerja, maka aku dengan jayanya telah merasmikan kasut Skechers ku yang baru :-D (Rupa-rupanya ada juga peminat Skechers ni di pejabat hehe)




Agenda pertama melapor diri adalah mengisi borang lapor diri dan kemudiannya mengemaskini cap jari ke dalam sistem 'finger-flex' Bahagian Pentadbiran UiTM Kedah. Aku memilih menggunakan jari telunjuk kanan atau/dan kiri dan bukannya ibu jari kerana dimaklumkan lebih mudah diterima/dikenalpasti oleh mesin 'finger-flex'. Maka selepas-selepas ini setiap hari bagi tujuan keberadaan ke pejabat, aku harus 'mendaftar' masuk dan keluar cap jariku melalui mesin tersebut, tiada lagi penggunaan 'punch card' (kali terakhir digunakan dalam tahun 2008).

Kemudian selesai urusan kemaskini rekod cap jari, aku ke Bahagian IT untuk membuat kad pekerja yang baru. Sekejap sahaja urusannya, malah kad siap 'on the spot'! Teringat pula kenangan apabila mendaftar diri sebagai pelajar di La Trobe University di Melbourne 4 tahun lalu. Ketika itu agak teruja juga apabila melihat kad pelajar juga siap 'on the spot'. Tiada keperluan untuk hadir kali kedua ke bahagian berkenaan bagi tujuan kutipan kad yang telah siap. Alhamdulillah, kini proses yang sama telah ada di UiTM Kedah, mudah dan cepat.

Why do I look so syahdu hehe..must be the heat :-P
Kemudian aku bahagian UPTP untuk mendapatkan kad 'access' pintu kelas bagi ketiga-tiga blok akademik UiTM Kedah. Kebanyakkan pintu-pintu kelas dan dewan kuliah kini menggunakan sistem kunci berasaskan kad. (Not bad, mcm di Aussie pula :P). Aku juga perlu mendapatkan makluman berkenaan kod kursus dan jumlah jam mengajar bagi semester ini - amanah tugas akademik/ATA (hehe betul ke ni :-P). Jadi perlu bertemu dengan KPP (hehe sorry there's just so many different terms nowadays, haven't catch up yet with all the 'meaning), Zulhelmey. Zul adalah 'bos' untuk Jabatan Undang-undang sekarang. Aku dimaklumkan akan beberapa kemungkinan ATA ku dan akan beliau emelkan kemudian. Kelasku semua Insya Allah, bakal bermula selepas Hari Raya Aidilfiri :-)

Seterusnya, aku kembali ke bahagian pentadbiran dengan harapan untuk bertemu Timbalan Pendaftar Kanan bahagian berkenaan, namun kelihatannya beliau agak sibuk. Kebetulan terserempak dengan sahabat Yanti Aspha yang juga melapor diri di situ. Yanti memulakan cuti belajarnya hari yang sama denganku. Daripada Yanti, aku mendapat maklumat tentang cuti tanpa rekod (CTR) selepas melapor diri daripada cuti belajar. Sememangnya niat ingin bertanya, tetapi apabila sudah ada makluman awal, maka aku pun turut mengisi borang untuk mendapatkan maklumat dan cuti berkenaan daripada pihak berkenaan. Alhamdulillah aku diberikan cuti selama 6 hari yang perlu diambil serta merta daripada tarikh melapor diri (hehe punah harapan nak bawa cuti sebagai tambahan cuti hari raya :-P), Namun cara CTR ini diambil kira adalah sedikit memeningkan kepala untuk difikirkan. Kata pihak berkenaan ianya adalah baki cuti tahunan daripada tahun kita memulakan cuti belajar. Ada beberapa kemusykilan yang timbul daripada segi kiraannya, tetapi aku pula tidak bertanya lebih lanjut. Yang pastinya untuk mendapatkan CTR ini kita perlulah ringan mulut bertanya. Jikalau tidak diambil, ia akan dikira lebur begitu sahaja :-)

Selepas selesai urusan cuti, Yanti dan aku hanya sempat memperkenalkan diri sahaja kepada Timbalan Pendaftar Kanan Bahagian Pentadbiran. Hasrat hati ingin bertanyakan berkenaan bilik pejabat. Namun beliau ada urusan di luar pejabat. Apapun, setakat hari melapor diri dikatakan tiada status bilik pejabat yang kosong. Alhamdulillah juga, teman sejabatan Irma telah menawarkan biliknya sepanjang semester akan datang memandang Irma akan cuti bersalin tidak lama lagi. Harapannya sebelum akhir tahun, aku akan punya bilik pejabat sendiri, Insya Allah.

Kemudian aku ke Bahagian Hal Ehwal Akademik bertemu dengan Timbalan Rektor Akademik, Dr Mahadzir Ismail bagi memaklumkan 'kepulangan'ku :-). Kami berbincang berkenaan status PhD ku dan juga beberapa isu berbangkit, contohnya perihal UiTM yang mempunyai 2 Kalendar Akademik berbeza-beza bagi peringkat Diploma dan Ijazah.

Insya Allah, kemungkinan sebelum hari raya nanti akan diusahakan bertemu dengan Rektor, Prof Madya Dr Haidar Dziyauddin yang baru pulang daripada menunaikan umrah baru-Baru ini. Yang menariknya Dr Haidar adalah bos baru bagiku, daripada Jabatan Undang-undang juga - merupakan Rektor baru UiTM Kedah menggantikan Dr Zaliha Hj Husssin, bos ku sebelum ini. Jadi teruja ke nak kembali bekerja? Perlu tunggu dan lihat :-)


Hehe.. Bos baru adalah berupa paras lelaki Melayu terakhir ...
kalaulah berjambang dah lama aku mintak autograf :-P

Comments

  1. Assalamualaikum Fadzlina

    Selamat kembali bertugas.Selamat kembali ke Malaysia dan tentunya keluarga Fadzlina yang paling gembira terutama Aliyah dan Uwais.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam Kak,

    Terima kasih. Of course those two memang tersangat gembira :-)

    ReplyDelete
  3. Kenapa la musti berjambang br nak mintak sign yer....masih ter'wonder-wonder'

    ReplyDelete
  4. hahaha..sibuk! Sila lah berpantang dengan tenang uer Aunty Etty :-)

    ReplyDelete
  5. Been a student of Dr. Haidar in UITM Shah Alam.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts