Nasi Lemak Kerang

Alhamdulillah, aku dan Luqman sudah selamat tiba di tanahair. Menu permulaan utama idaman hati - ialah nasi lemak kerang! Di atas flight Mas hari ini sememangnya dihidangkan nasi lemak jugak. Malangnya nasi lemak versi Mas is doing nasi lemak sedap semalaysia an injustice! So kenalah dapatkan yang asli dari gerai Abg Topi di sebelah surau Al-Amin di Bangi. Sedapnya, sehingga licin tinggal kertas bungkusan dan daun pisang saja!! he..he..he

Hajat hati selepas sarapan pagi nak qadha tidur. Maklumlah naik kelas ekonomi, lagu mana pusing pun, tak lah boleh tidur seindah kelas di hadapan lagi :-D Lagipun, risau jugak, kalau tidur sedap, silap2 Luqman lompat keluar bassinet pun aku tak sedar hu..hu..hu..So last2 nya yang indah dibuai mimpi adalah Luqman saja. Aku pulak 'terpaksa' bersengkang mata menonton kehebatan Stephen Rahman Hughes di dalam 'Hikayat Merong Mahawangsa' dan documentary berkenaan 'Alcatraz'. 

Masalahnya, dari selepas sarapan jam 8.30 pagi, Luqman pulak buat 'inspection' rumah atuknya. Habis semua ceruk dia nak pergi, semua benda dia nak capai, semua perabut dia nak panjat. Aduhai, pening berkejar! Tapi yang bagusnya, Luqman tak takut orang. Semua orang tegur dia ok jer. So seronok jugak lah. Yelah dah lama tak jumpa, kalau nak melekat jer kat aku, manalah dapat nak melepaskan rindu dan nak bergurau-senda.

Alhamdulillah, jam 10 pagi, hujan turun dengan lebatnya. Cuaca yang sangat sesuai untuk beradu. Luqman pun by then dah kepenatan tawaf dan bercakap 'sorang-sorang'. Akhirnya, by 10.30 pg selamatlah dia tidur. Yeeehaa...so it means, it's time for me to follow suit. Ya Allah, terima kasih kerana masih memberi peluang bagi menghargai nikmat tidur, Amin. :-D

Comments

  1. waah akak sempat pulak balik malaysia dah sem akhir dah nih....
    bestttnye nasi lemak kerang....huhuhuuh feveret wani jugak tuh...

    ReplyDelete
  2. HE..HE..WANI..akak transit sat sebelum ke Istanbul...mau berasap kalau fly straight dr Melbourne. Dah lah Luqman tak leh dok diam..;-) Tkper wani tak lama lagi bakal lah berjumpa nasi lemak kerang kembali :-D

    ReplyDelete
  3. Selamat pulang...nasik lemak kerang??? sodap...tringat pulak nasik lemak kangkung +paru kg.baru...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Fadzlina,
    Selamat kembali ke Malaysia.Stay sampai bila?

    Moga semua urusan Fadzlina yang dirancang, dipermudahkan Allah swt.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih Etty, Kak Sharifah. Insya Allah kembali semula ke Melbourne Sabtu depan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts