2009 Syawal Open House Finale
Latest Syawal photos courtesy from Jep...(maka aku pun sibuk berkempen utk beli kamera baru. Kodakku dah over expose after almost 4 years...hmmm bilalah nak dpt?)
Syawal sampai ke penghujungnya semalam. Ada 4 jemputan rumah terbuka. Sudah alang2 keluar maka kami cuba penuhi semuanya.
Permulaannya nak ke rumah Kak Niza di Merrilands, Reservoir utk Tahlil Arwah Ayahandanya yg meninggal dunia baru2 ini. Tapi alkisah dah berpusing2 kat kawasan yg betul tp tak berjumpa pulak jalannya, maka terlepaslah Tahlilnya, jadi dtg utk open house jelah.
Selepas itu kami ke rumah Kak Sham di Lalor. Sebab sudah pernah sampai sebelum ini, Alhamdulillah senang jer jumpa...cuma kereta pulak dok mengeluarkan tanda2 semput. Hmmm...selamatlah dia sementara tunggu duit masuk akhir bulan ni ;-) Kami sampai awal, org tak ramai lagi.
Tapi masuk pukul 3 lebih kami minta diri nak ke rumah Thasa di Kingsbury pulak. Dari Lalor ke Kingsbury pakai highway jer, so dlm 15 minit sampai. Parents Thasa ada sekali, dtg melawat dan menghantar pulang cucu mereka (anak Thasa/Aleh) di Melbourne.
Dlm 4.30 ptg kami beransur pulang. Satu lagi jemputan bagi warga2 Barnesway & Waterdale di rumah Salwa di Waterdale shj jam 6 ptg. Jadi kami balik rehat & solat dulu. 6.45 ptg baru sampai ke rumah Salwa. Pukul 8 mlm tamatlah sesi rumah2 terbuka semua bagi kami..he..he..he. Makan ajer kerjanya.
Alhamdulillah, rezeki. Terima kasih kepada semua yg menjemput. Hajat hati mmg nak buat jugak jamuan2 begini suatu hari nanti, apabila ruang dan luang yang sesuai tiba. Tapi buat kali ini, tak sampai lah kudrat & kemampuan kami sekeluarga. Semoga Allah memberikan kesempatan itu di masa hadapan, Insya Allah.
Comments
Post a Comment