Axion

Minggu lepas selepas mencecer dan dibebelkan oleh supervisorku, bila dah nak hujung2 nak penamat meeting tu aku pun hulur lah souvenir sempena balik Malaysia baru2 ni (ni nak ambik hati bangat nih...sbb kerja lembab mcm siput sedut) Kalau org lain mintak poskad ker, keychain ker, T-shirt ker...tp bg sv ku nilah idaman dia. Takdelah dia mintak pun, tp disebabkan 'keterpesonaan' (ada ker perkataan ni? :-P) dia terhadap benda alah ni masa zaman2 dia buat PhD pasal M'sia dulu2, so aku pun belikan lah utk dia. 'Jamak' lagi jumlah yg aku beli, punyalah semangat. Habis semua celah beg aku selitkan Axion2 ni.


Adalah yg tanya apahal lah sv aku minat sgt kat Axion ni. Boleh kata sampai menjilat jarilah..dia punya minat tu. Rupa2nya dia suka masak kari walaupun dia omputeh. Kari ni faham2 jelah, kan susah nak basuh sikit peralatan/pinggan mangkuk yg kita pakai nak masak @ makan kari tu, dgn minyaknya, santannya, baunya. So bila nak basuh semua peralatan2 ni dia akan gunalah Axion. Katanya kalau guna dgn air panas..mmg marvelous. Licinlah semua pinggan mangkuk dicuci bersih sehingga menjilat jari jugak adanya. Kat Australia tak jual yer pencuci2 pinggan mangkuk style2 Axion ni...harap maklum! Hanya ada yg mcm liquid jer yg byknya.

Alkisahnya, punyalah teruja dia melihat Axion2 tu semua. Kalau dulu kena pakai jimat2 sbb ada satu @ 2 jer setahun, skrg ni kalau ikutkan dia dah jadi luxury item ni sbb dah jadi extra stock. Mana taknya, kalau sebelum2 ni wife dia siap kena mintak izin kalau nak pakai sikit...ha...ha..ha. Dia siap kata lg, patutnya aku bagi satu2 dulu, satu lepas dah confirm ke, satu lepas dah settle collect data ke @ satu lepas dah submit nanti ke...Alamak silaplah he..he..he. Tak terfikir lah pulak. Takpelah aku ikhlas nak bagi, sbb rasa seronok tgk keterujaan dia. Tahun depan balik lagi, beli lagi. Eh...lama2 dia boleh buat meniaga Axion lah pulak :-P

Comments

  1. ikhlas ada makna tewwww...

    Next time, order 1 kotak terus dari Mydin!

    ReplyDelete
  2. Ala kalau sekotak abislah entitlement luggage aku. Baik aku jd stokis terus :-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts