Durian runtuh! A Family Marathon…

Dalam masa yang terhad ini, sempat juga mengatur waktu bersama Abah & Mama untuk menziarah sanak saudara terdekat sebelum ke Melbourne Sabtu ini. Kebanyakannya saudara-mara sebelah Abah di Melaka & KL. Sebelah Mama, banyaknya dah berjumpa masa Kenduri Kahwin Esham hujung bulan 6.

Jumaat petang tiba di Tg Bidara, rumah Abah We & Mak We. Kepulangan kami disambut dgn rimbunan buah2 rambutan yg masak ranum di keliling laman rumah. Byknya sampai dimakan dek bumi, kata Abah We.

Esok petangnya, lepas mengait buah2 rambutan & mengutip durian gugur, sempat singgah ke rumah Mak Buang (salah seorang pengasuhku dulu) & Andak Maah, kedua-duanya saudara pupu Abah. Kemudian singgah rumah Pak Anjang sebelum pulang semula ke Tg Bidara. Aliyah siap nak tinggal sbb dpt tgk Spongebob…

Pagi2 Ahad bertolak ke rumah Pak Itam di Air Keroh. Abah We & Mak We ikut sekali, sbb nak bawa ‘site visit’ kebun Pak Itam di Tehel. Kami pun join sekali. Seronok tgk kambing2 dia, ada yg baru beranak. Comel2 belaka. Buah durian pun ada satu raga, tu tak masuk yg kami dok makan kat situ.




Jam 11 pg, selepas ucap selamat jalan kepada Abah We & Mak We, Pak Itam & Mak Itam, kami sekeluarga bertolak ke KL. Sedihnya…entah bila akan berjumpa lagi. Mak…jgnlah sedih, panjang umur murah rezeki pastikan bertemu kembali.

Sampai KL, 1.30 ptg terus ke rumah Andak di Lembah Pantai, mkn tghari yang jarang sekali dpt dinikmati di rumahnya (maklumlah jarang pergi) Selepas solat Zohor, jam 2.30 ptg meneruskan perjalanan ke rumah Busu di Sentosa, Jln Klang Lama. Makan mee goreng, sedap.

Lepas tu jam 3.30 ptg ke Shah Alam, nak bg buah pada Ejah. Kereta Abah dah semerbak bau durian. Pekat & Memeningkan kepala. Tp perjalanan perlu diteruskan ke destinasi seterusnya, rumah Pok Teh di Cheras Perdana. Dapatlah tgk si Rabbil Zahid yg accident ngan lori sampai berbulan2 lamanya dok di hospital. Nampak dah sihat. Badan pun dah berisi.

Akhirnya, Abah & Mama hantar kami pulang ke Kenari jam 6.30 ptg. Aliyah ikut mereka pulang ke Ampang. Malamnya sempat lagi singgah ke Pasar Malam. Tidak pernah kurasakan sehari yg begitu panjang dengan pengisian penuh bermakna. Sesunguhnya ianya satu marathon yg tidak bertrofi di mata tp bertakhta di hati.

Esok, aku akan dapat durian runtuh lagi…cek dari KPT. [Tapi lepas dah convert ke AUD, miskinlah semula.:-)]

Comments

  1. Org Melaka rupanya...samalah kita.

    Cek KPT nampak macam banyak...bila convert skitnyeee...

    Semoga selamat semuanya.

    ReplyDelete
  2. kak fadz...ni blog wani dan suami....

    1. http://abehafis.fotopages.com

    2. http://abehafis.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts