Super Supir
A lot of people have this misconception that chauffeuring your kids to school is a mundane thankless task. Yes, it's a thankless job, but never mundane. Enter Keyword:->Kids. When you have kids in the equation of any tasks, it will never be mundane. And never ever stress-free either. The most you may hope for is a lesser than usual chauffeuring-stress-level day.
When Covid19 took over our lives and marked the start of the PKP in March, I got an extended leave from chauffeuring the kids to school. It was pure bliss 😅. Hanya seorang supir yang faham perasaannya. However, nothing good ever last forever haha.. Earlier this month, I had to take it back up for Piya is allowed to start kinder and later Aliyah was allowed to start school and Luqman followed suit. So the journey as a Covid19 Super Supir begins.
Being a supir pre Covid19 used to be so stressful. Level stress kerap kali meningkat kepada super saiyan blue. Banyak kali aku jadi naga haha...again hanya seorang supir yang memahami situasi ini. Dalam kes aku, anak-anak bersekolah di lain-lain lokasi, dengan arah pula lain-lain. Di pagi hari kalau seorang terlewat bangun, bertelur dalam bilik air, lambat makan atau tudung tak jadi, maka lambatlah semua orang. Lambat 5 minit sahaja, bertambahlah berpuluh kereta di route yg sama, maka beraturlah aku di semua traffic lights yang ada. Bolehlah mula karaoke dalam kereta 🙊.
Di petang hari di zaman sebelum PKP, tahun sebelum-sebelum ni, kakak balik jam 'x', abang balik jam 'y', adik pulak balik jam 'z'. Adik yg balik jam 'z' tu pulak perlu dikembalikan ke sekolah petang di lokasi 'a' sebelum ambik kakak yg balik jam 'x' di lokasi 'b' dan kembali semula ke lokasi 'a' untuk ambik Abang yg balik jam 'y'. And this is only for Monday. Tuesday till Thursday, all 3 of them have different schedules, again different home time. Haaaa talk about penaakulan mantik sangat jadual balik ni...ada sekali tu aku pernah drive off tapi anak tak masuk kereta lagi haha...sekali tu je la huhu. Ternampak dia kat side mirror 👻. Begitu fokusnya aku nak merempit ke lokasi seterusnya sampai yang nak diambik pulang tak sempat nak masuk kereta lagi. Mana taknya, traffic jam kat sekolah time balik ni mmg bikin hati panas setiap hari, mana boleh tunggu lama-lama 😩.
Itu tak termasuk, parents yang double triple park lagi mcm anak dia sorang je sekolah situ. Elok aku dtg awal, aku jadd lewat jugak sebab kereta aku dah tersekat. Hot hot hot...Then, ada hari anak pulak tak muncul-muncul. Dah satu kerja kena mencari, berpusing sekolah dua tiga kali! Tambah lah hot hot hot! Cuaca pulak tidak membantu. Maka mengalir lava gunung berapi dalam kereta sepanjang balik rumah, jadi kena tadahlah telinga diaorg tu, sebab rupanya dia pegi membeli belah jajan (walaupun sudah dilarang), takpun main tak hengat dunia (sebab kita terlambat sampai). Plus, bila aku ada kelas petang, aku sememangnya dah on tumbuh tanduk mode! Beware! Alhamdulillah, anak-anak pun maklum kalau aku jadi naga - jawabnya diam sahaja - tapi kenalah jawab bila aku tanya haha...
Schooling during a pandemic comes with different sets of problems. Masks have become part of their uniform, like a jacket during winter. Once, Aliyah forgot to bring hers, so on the way to school have to make a detour to 7 Eleven to buy them. Jadi satu kerja la pulak, nasib pagi-pagi sejuk so naga kedinginan huhu... Mind you, yang lain tetap sama - perangai parents yg suka triple park dan lepak kat sekolah masih ADA!!! Cuma sekarang - semua kena pakai pelitup muka dan dilarang menghampiri pagar sekolah. Social distancing katanya - tapi bukan untuk tabiat parking kereta. Kalau boleh dia nak anak dia sejurus keluar je pagar sekolah tu, boleh bukak pintu kereta, campak badan dalam kereta dan dia pun meluncur pulang dengan keretanya itu haha...again, ko ingat anak ko sorang je sekolah kat situ???
Waktu persekolahan pula macam biasa ikut sekolah masing-masing dan sudah jadi pendek daripada kebiasaan kerana tiada aktiviti sukan & ko-kurikulum. Di pagi hari, kakak perlu sampai sebelum jam 'x' ke sekolahnya di sinun, abang perlu sampai selepas jam 'x' di sekolahnya nun di sana pulak, adik pula perlu sampai sebelum jam 'y'. Maka 3 kali la aku keluar masuk rumah setiap pagi sebab nak bagi peluang Luqman & Piya sarapan dulu. Alhamdulillah semua sekolah berada di dalam radius 5km sahaja dari rumah, tetapi kuasa merempit tetap perlu maintain huhu. Waktu pulang pula, seorang balik jam 12, seorang 12.10, seorang lagi jam 2. Elok sahaja setiap pagi aku mulakan kerja, baru nak hangat, tidak lama sudah tiba masa sarung uniform supir semula. Maka kerja setiap hari memang akan membawa ke malam dan hujung minggu.
Begitulah adanya. Lelah urusan dunia persekolahan ni. Sesungguhnya, hanya yang mengalami akan memahami. Ada yang bertanya mungkin - mengapa tidak di'van-sekolah'kan sahaja anak-anak? Allahu...apa ko fikir aku tidak pernah coba?? Sesungguhnya cobaan van sekolah lebih meningkatkan darah Pakistan yang masih berbaki dalam badan aku ini. Meh sini nak dikisahkan supaya persoalan ini tidak lagi bermain di minda.
Van sekolah only covers certain route, and if you found one that is willing to send your kids to school, bersedialah dgn syarat-syarat perkhidmatan yang diberikan. Ada satu tu nak ambik anak-anak aku jam 5.45 pagi, Subuh pun belum masuk lagi. Mereka akan sampai paling awal ke sekolah, gelap gulita di pagi hari tu, macam-macam boleh jadi. So aku decide, let's try utk trip balik sahaja guna van, pagi-pagi aku masih hantar sendiri. Harga upah van - kus semangat untuk 2 org anak (masa tu Aliyah & Uwais masih di KGV) - rate utk pick up balik sahaja lebih daripada 200 hengget (sorang seratus lebih). Maklumlah dia sahaja yg willing nak cover route rumah aku tu. Oklah, what to do - hadap je lah. Tapi ku sangka panas hingga ke petang, rupanya panas hati yang berpanjangan. Kami bertahan sebulan sahaja!
Dalam masa sebulan tu 2-3 kali dia tinggalkan Uwais, sebab dikatakan lambat keluar dari sekolah. Maka kenalah aku ke sekolah pulak ambik Uwais. Kadang-kadang dia janji tunggu pagar sekolah belakang, anak-anak tunggu, tapi last minit tukar pagar depan dan sebaliknya. Ke hulu ke hilir la budak berdua tu. Anak-anak lambat keluar kena marah. Ada masa bukan salah dia (drebar van), ada masa bukan salah anak-anak sbb guru lepaskan lewat. Itu aku faham. Jadual balik pulak lain-lain, setiap hari. Sorang pukul 2.30, sorang lagi pukul 4.30. Ada hari aku tertunggu-tunggu kat rumah, tak sampai-sampai dah dekat pukul 5 petang bagi hari yang sepatutnya balik pukul 2.30 petang. Dia dah pusing satu Seremban ni gamaknya baru hantar anak-anak aku. Ada masa dia kata traffic jam. Seriously kat celah mana jam tu aku pun tak tau. Sebab setakat dok Somban ni, jem kat sekolah je la kot. Anak-anak banyak buang masa dalam van, balik pun dah keletihan. But because I wanted it to work - aku tak lah tanya macam-macam sangat kat dia.
Sampai lah satu hari tu dia nak tinggalkan Uwais buat kali ke 3, dia text aku macam marah-marah tanya mana Uwais ni tak keluar-keluar dari sekolah. Akhirnya jumpa. Uwais kena marah lagi. He treated Uwais like a total menace. It's really unacceptable to me. Apa guna aku upah ko mahal-mahal kalau akhirnya ko tambah stress aku - I still have to pick up Uwais bila ko tinggalkan dia kat sekolah tu, worry about his whereabouts and hear you whining and complaining to me about him delaying you, on top of that ko marah pulak lagi anak aku?? So tobat lahum aku tak akan guna servis van lagi, especially his. Baik aku kembali jadi super supir sepenuh masa. I earned my right untuk jadi naga and the kids will definitely accepted my naga days, cause they know at the end of the day, I will never leave them at school wondering how to get home.
So there you have it. Some people probably have a better experience with school transport. But ours wasn't something we'd like others to experience. Cukup la sekali. Aku tidak boleh bayangkan gerakerja van sekolah yang sama di musim pandemik ni. Kalau dapat servis seumpama sebelum PKP, sesungguhnya bertambah risiko terdedah kepada COVID19 lah jawabnya anak-anak ni. Alhamdulillah, Uwais sudah berpindah ke MRSM tak lama selepas we stopped the van's service. So supir has less passengers this year, down from the supposed 4 to 3. And having ODL this sem meant, kurang sikit aku jadi naga, sbb tak perlu rush ke kelas di petang hari. Jadi tak perlu tanya kenapa aku suka WFH dan ODL haha...
Tapi, apapun, ada satu dua perkara yang aku paling suka sepanjang jadi supir ni. Aku kenal ramai ibubapa, datuk nenek, supir lain yg sekapal dengan aku dan pengawal keselamatan di sekolah. Jadi depa pun kenal anak-anak aku, aku pun kenal anak-anak depa. Kalau kita tanya 'ada nampak anak saya tak?', Insya Allah ada yg akan bagi info. Masa jadi supir ni juga, I have extra time chatting with the kids about school and life in general. I think the time in the car, apart from before bedtimes, makes a good chatting avenues to impart any advice to them. I have lost count of all the stories and conversations shared & exchanged throughout the years. But it's going to be well worth the effort. Some day, we'll understand how far the times carved on the way to and fro to school makes a whole lot of difference in the lives of our children.
That's a life as a Super Supir. To many more years ahead. May my back with me - intact, till then.
Comments
Post a Comment