Menanti Lampiran C_SBPA 2012
Semalam Pekeliling berkenaan pelaksanaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam telah dikeluarkan oleh pihak JPA. Sudah dua hari menelitinya. Sudah dua hari juga menanti Lampiran C. Lampiran yang menyatakan tentang Jadual Gaji dan Jadual Pemindahan Gaji. But nada! Katanya hanya akan diserahkan kepada bahagian sumber manusia jabatan masing-masing. Tak faham kenapa tidak boleh diupload kan saja sekali. Sudahlah masa yang diberi hanyalah sehingga akhir bulan ini untuk membuat keputusan sama ada untuk memilih SBPA atau kekal dengan SSM. Bagi kami-kami yang berada di luar negara ini, bukankah mudah kalau sudah dilink kan sahaja di web JPA itu. hmmmm.....apapun di sini pandangan awal aku selepas membuat penelitian berkenaan pekeliling tersebut. Harap ianya membantu, Insya Allah.
Comments
Post a Comment