Final Days of Schooling in Melbourne

Dua minggu kebelakangan ini adalah amat padat menguruskan urusan-urusan akhir anak-anak di Melbourne sebelum kembali ke Malaysia awal tahun depan. Minggu lepas adalah minggu terakhir tadika bagi Uwais dan minggu ini bagi Aliyah. Hari Selasa lepas adalah konsert akhir tahun sekolah Aliyah dan hari Rabu pula jamuan akhir bagi Green group - Group Uwais. Maka hari Isnin  perlu mencari hadiah-hadiah bagi dibuat cenderahati bagi guru-guru sekolah Aliyah dan juga Uwais. Kemudian menghadiri setiap jamuan dan konsert. Hari Khamis pula bergegas 'cuci' gambar mereka  bersama guru masing-masing yang diambil pada hari Selasa dan Rabu bagi diserah kepada guru buat kenang-kenangan :-)


Aliyah & Miss Katherine, after her class performance.
Hari Jumaat, sempat menjengah ke Old Treasury Building di Melbourne city bersama Luqman dan DH. Petangnya, adalah hari terakhir Uwais di Olympic Village Preschool. Laporan akhir Uwais juga telah dilengkapkan oleh gurunya Mrs. Amy Whittingham dan diserahkan bersama. Setinggi ucapan terima kasih kami ucapkan buat Amy and teamnya, Sandra, Ange, dan Shukri kerana menguruskan Uwais setahun ini. Ada ketikanya pada pendapat aku Uwais mengalami some form of  'regression', tetapi Amy tetap setia menerimanya. Beberapa hari sebelum tamat term 4 ini, Amy katakan yang dia amat terkejut dengan perkembangan Uwais, terutama penguasaan bahasanya. Daripada komunikasi yang sangat minimum, tiba-tiba  menurut Amy "It's as if he suddenly wake up one day and decide - ok, today I am going to talk in English" :-). Aku katakan, Uwais memangnya begitu - a late bloomer! 

Uwais with his kinder carers
(His shirt actually said - "Who needs SANTA, I have got credit", ha..ha.. padan muka Santa!)

Aliyah with Amy - also her kinder teacher in 2009.

Something for Olympic Village Preschool. Amy said this is going to be very helpful :-)
Jumaat, belah malamnya kami memulakan sesi membungkus barang-barang yang bakal dihantar pulang minggu ini. Alhamdulillah, dalam masa 3 hari 3 malam, walaupun perlu bersilat dengan Luqman, semua yang berkenaan yang perlu dibawa pulang selamat dikemaskini dan dibungkus dan dikotakkan. Dalam pada rumah kami yang comel ini, hampir 3 cubic meter juga jumlah kesemua barangan tersebut memandangkan sudah 3 tahun setengah di sini. Separuh drpdnya adalah buku-buku yang kebanyakannya my DH beli secara online melalui BOOKTOPIA :-) Hari Isnin minggu ini pula sesi melabel kesemua barangan tersebut. Siapa sangka melabel pun boleh ambil masa sehari he..he..he..


Part of the package
Hari Selasa, laporan akhir tahun sekolah Aliyah dihantar pulang bersamanya. Alhamdulilah, Aliyah mendapat cemerlang - A, bagi subjek "Writing". Penulisannya kini mencapai taraf murid di Grade 2. (Aliyah sekarang berada di Grade 1) Surat pindah sekolah drpd Pengetua sekolah, Mrs Barbara Hinsley pula telah diterima tadi. Cenderahati juga telah diserahkan kepada guru kelasnya Miss Katherine Pieprzyk petang tadi. 

Miss Katherine said - this is exactly what I am looking for :-)
Selepas tamat sesi sekolah, kami ambil kesempatan mengambil beberapa lagi keping gambar kenangan di sekolah. Pengetua sekolah, siap memberikan ucapan "All the best" kepada kami, apabila melihat Aliyah bergambar di sekitar sekolah :-)

The School Logo...
Aliyah with the Lollipop Man - Mr Alan  (the school crossing supervisor)
Esok, adalah hari terakhir Aliyah di Kingsbury Primary School. Sedih juga. Tiadalah lagi aku akan mengulang ke Kingsbury setiap minggu selepas ini. Entahlah perasaan Aliyah pula sukar diduga. Mungkin aku akan suruh dia menulis bagaimana perasaannya kelak ;-) 

Comments

  1. Assalamualaikum,
    Fazlina, betul ke yuran tahunan untuk primary school di Victoria cecah AUD7370? Bagi saya amat mahal. Saya akan ke Melbourne Julai ni.Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Dear Fiza,

    Waalaikumussalam.

    Setahu saya memang all the while fees mmg ribu raban. But we as students got a waiver if we study by research.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts