Jejak Kasih di Perantauan
Near Fitzroy a few hours after arrival - post boxing day shopping :-) |
Alhamdulillah, Abah & Mama selamat sampai di Melbourne awal pagi 26 December. Tidur tidak sampai beberapa jam kemudian memulakan acara shopping pusingan pertama sempena 'boxing day' di DFO Essendon. Sehingga hari ini, setiap hari keluar bershopping ajer he..he..he.. Berjalan adalah agenda kedua.
Ada 2 perkara yang agak 'kepelikkan' kepada mereka - cuaca yang dengan temperature yang sekejap panas sekejap sejuk dan masa siang yang agak panjang. Tidur dan makan pun tak berapa teratur sebab perbezaan masa dan tempoh masa yang berbeza dengan Malaysia :-)
Mereka juga 'keharuan' melihat minah2 tak berapa saleh yang pakai baju tak cukup kain di musim panas ini ;-) Mama pulak asyik bantai cakap Melayu dengan siapa jer tak kira, sama ada mat saleh ke tidak ha..ha.. nak tawar menawar pun cakap Melayu jugak, tak kira! Adoiyai! Maharani Lawak :-) Mama adalah pakar tawar menawar. Aku tidak! Tapi sebab kena jadi translator, aku kena jugak lah menawar. Takperlah, asah skills ;-)
Antara Aliyah, Uwais dan Luqman, Luqman lah seronok sekali, sebab ada orang layan main dengannya apabila atuk dan atuk mama berada di Barnes Way. Selalunya, Luqman kena main sorang-sorang. Atuk mama pulak buat Barnes Way macam kampung halaman dia, asyik meronda kawasan jer kerjanya. Atuk pun join jugak petang2, maklumlah siangnya sampai 8.40 mlm. Bosan nak tunggu malam he..he..he.. Kini kami menanti Mak Lang kanak2 ni tiba. Semoga Mak Lang selamat sampai, Insya Allah.
Wah..seronok la budak2 tu...ini kira grand visit from the family sebelum balik lah ye.Kirim salam utk pakcik & makcik..dah jumpa ari tu & dah buleh imagine aksi your mom..mustinya comel.
ReplyDeleteOK...selamat balik..ringring awal skit sebelum sampai ke SP, mana tau kot2 berada di luar kawasan.
Seronoknya Fadzlina sbb mak abah dapat terbang ke tpt Fadzlina. Kenangan indah buat kalian sekeluarga.
ReplyDeleteThanks Etty & Kak Sharifah. Memang seronok, dan memang pengalaman sungguhlah bagi depa. Kenangan tak leh lupa sepanjang hayat :-)
ReplyDelete