Forum Maulidur Rasul EHSAN

Kebelakangan ini memang malas nak berjalan ke mana2. Sebelum ada baby pun camtu, lepas dah ada lagilah malas :-P Kadang2 dgr2 cerita org menziarah sana dan sini, teringin jugak, tapi yang pasti kemalasan mengatasi segala 'desire' itu he..he..he.

Banyak sebab yang jadi malas, meh ni nak senaraikan:

  1. Kereta ku sedang menghadapi mid-life crisis. Baru2 ni pun disahkan menghidapi kanser prostat. Sebelum itu sakit buah pinggang. Selepas chemo dan organ transplant, barulah dia sihat 'sikit'. Tapi biasalah kan, kalau dah nama nya dah kena sakit2 kronik, bekasnya tetap ada. Tak lama lagi kena buat medical check - up, utk tgk ada relapse ke dak. Sedih betul aku fikir2kan. Semoga Allah panjangkan lah umurnya. Tapi bila nak jalan dekat2 pun aku kena fikir 2-3 kali. Yelah kalau dah sangkut tgh jalan, mmglah leh panggil RACV utk tarik kereta, tapi bayangkan macam mana pulak nak mengangkut kanak2 riang 3 orang tu pulak. Itu tak termasuk $$$ rawatan dia lagi.

  2. Disebabkan kereta di 'atas', bila nak jalan jauh kenalah sewa keta dan bermalam lah pulak, means $$$$ tapi kami pulak yang sentiasa ke'pokai'an sbb asyik export duit balik M'sia. Maklumlah, kalau dah sorang partner MBA (menjaga bini dan anak- quote from Bro Hanif ) mmglah terpaksa dok bajet2 hantar balik M'sia.

  3. Lagi satu, penat dan lama sebenarnya nak prep the children. Kadang nak siapkan depa ambik masa sampai satu jam lebih. Itupun dah siap pilih2 baju malamnya. Imaginelah, belum jalan lagi aku dah penat, camne lah nak enjoy the trip. Itu tak termasuk prep bekal2 lain lagi, yelah bukannya leh berenti kat R & R tepi jalan jer kan.

Anyway, kalau dulu ada satu lagi stress kalau nak pergi berjalan ni, budak2 ni tak mo dok dlm car seat depa. Aduih, pening betul! Itulah yg kami selalu naik bas jer. Alhamdulillah, sekarang mcm dah ok lah. Jumaat baru2 ini pun masa menziarah Kak Hada & keluarganya dr M'sia, the children including the baby duduk molek2 jer dlm seat masing2. Hooray! So sekarang bolehlah bwk kereta pergi berjalan area dkt2 sini.

Akhirnya, pada hari Sabtu berjaya jugaklah kami ke Malaysia Hall dgn kereta utk join Rumah Terbuka/Forum sempena Maulidur Rasul anjuran EHSAN (Badan Hal Ehwal Islam & Pembangunan Insan) Victoria. Forumnya bertajuk "My Name is Muhammad: I am your Prophet", bermula jam 11 pagi. Panel2nya terdiri drpd Ustaz Khairul, Ustaz Nushi dan Ustazah Hidayah. Ramai jugak yg hadir, kebanyakkannya undergrads. Mereka2 yang sedang transit pun ada, memandangkan renovation Malaysia Hall sudah siap. Cantik bangunan barunya, mcm 3 star inn gitu :-))

Luqman sedang menghayati intipati forum dalam mimpi :-))


Panel2 & Moderator Forum


Selepas forum tamat pukul 1.30 ptg, ada selingan nasyid version acapella drpd commitee EHSAN. Best jugak lagu & suara depa. Lepas grad ni boleh lah buat satu group nasyid kat M'sia ;-). Next, sesi beramah mesra dan menjamu selera lah apa lagi. Seronok jugak dpt jumpa kwn2 kat City yg dah lama tak bersua muka. Tapi biasalah kanak2 riang pun dah restless, by 3 pm kena beransur pulang lah jawabnya.

BBQnya


Inilah rupanya dalam kereta, akhirnya...
Yang turut serta berkorban ke jalan yang benar :-))

Comments

Popular Posts