Jadual
Ngantuknya lately...maka terapi mengantukku adalah menulis. Sudah hampir 6 tahun tidur macam zombie (hmmm...Zombie tido ker?)dan bergelumang dgn lampin. Itulah hakikatnya kalau mahu menyusu badan sepenuh masa dan nak jarakkan anak 3 tahun sekali. So lepas sorang2 lah pas baton. Alhamdulillah, kali ini Luqman tidur lebih lama pada satu2 masa dibandingkan dgn kakak & abangnya. Apapun kalau dah baby, masa kita tidur dan kerja memanglah terikat dgnnya. Tapi ada banyaklah hikmahnya. Masa bekerja kini adalah lebih singkat dan terasa tersangat berharga. Maka kerja yang dilakukan perlulah lebih fokus, cekap dan pantas!
Minggu ini jadual bekerja sepenuh (ke separuh?) masa sudah bermula. Jam 8.45 pg Babah Aliyah akan hantar dia ke sekolah. Luqman pulak akan dimandikan, disusukan dan ditidurkan semula. Sementara tunggu Babah Aliyah, susu perahan beku akan dicairkan utk Luqman dan aku pulak bersiap untuk ke pejabat. Selepas babahnya balik semula, aku pun akan jalan kaki ke pejabat selewat2nya jam 10 pg. Jam 2.45 ptg, aku akan bergerak balik ke rumah semula sebab Babah perlu ambil Aliyah balik sekolah. Sampai rumah barulah masak untuk late lunch cum dinner. So dapatlah dalam 4 jam di pejabat. Mungkin dapat lebih lama sikit kalau drive kereta. Tapi aku nak elak bayar parking premit, nak exercise dan nak elakkan keributan pagi hari mengurus Aliyah dan Luqman sekali gus. Yang bagusnya, sebab masa di pejabat agak singkat, tak perlu nak fikir hal2 berkenaan nak express susu dan sebagainya. Semuanya boleh dilakukan di rumah. Kemungkinan bila Luqman dah 3 bulan nanti, jadual ini akan berubah ikut keadaan. Tetapi setakat ini, jadual ini pun dirasa sudah padat :-P.

Anyway, Jumaat lepas sempat jugak daftarkan Luqman utk dapatkan buku birunya di Maternal and Child Health Service (MCH) kat sini. MCH ni macam klinik ibu & anak kat Malaysialah.
Banyaklah info yang nurse MCH bagi. Tak terbaca pun. Apa dia cakap pun aku iakan jer..he..he..he. Yang penting sekali dan ditunggu2 adalah tahap 'perkembangan' Luqman lah...so apa resultnya?
So at 33 days, weighing at ....4.6 kg.
Huh...patutlah lenguh tangan aku :-P
Comments
Post a Comment