Resepi Perantau/Pantang 1 - Daging Masak Lada Hitam

Minggu ini bermulalah minggu2ku berpantang. Adoi terseksanya dok dalam SPA Q version confinement nih. Anyway, tukang urutku, Mak Siti (imported from UK) bagi resepi best2 dalam pantang. Rugi pulak kalau tak share. Tp bila dah sedap mesti nak makan byk kan? Ish..ish mana boleh! Syaratnya: Makan mesti tak boleh bertambah dan yg penting sekali kena selalu minum air asam jawa utk mengeluarkan semua lemak2 dlm badan. Yang bestnya resepi ni boleh diguna pakai utk sesiapa pun, taklah utk org dlm pantang jer makan.

Bahan2:

Daging
Lada hitam (ikut kuantiti daging, kalau terlebih sgt nanti pahit)
Serai 2/3
5 ulas bawang putih & 4 ulas bawang merah
Lengkuas 1/2 inci
Kunyit hidup 1-2 inci
Halia 2 inci
Sedikit garam

Cara2:

Rebus daging dalam air sehingga empuk
Titik serai dan masukkan ke dalam rebusan tadi
Tumbuk semua bahan2 lain dan masukkan sekali
Masukkan garam akhir sekali secukup rasa

Variasi: Boleh masukkan santan sekiranya suka

Comments

  1. akak pinjam makcik sape tuh ? hehehe baik hatinye la dia nak duduk diperantauan

    ReplyDelete
  2. tahniah akak dah dapat baby...pantang jangan tak pantang tau ....sebab majoriti tengok students yang bersalin kat sini malas nak berpantang :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts