Al-Fatihah...

Bekas Pengetua sekolah menengah kami tiga beradik - (SMAKL), Ustaz Hassan baru sahaja pulang ke Rahmatullah awal pagi semalam kerana komplikasi jantung. Ustaz sepanjang ingatan ku sememangnya seorang guru dan pengetua yang lemah lembut orangnya. Walaupun tidak kenal rapat dengannya, tapi aku dan anaknya, Laila adalah rakan sekelas sepanjang di SMAKL dan Puteri Wilayah sebelum itu. Walaupun kami semua tahu dia anak pengetua, Laila tidak pernah berlagak sebagai 'tuan besar' dalam kelas :-), sememangnya didikan Ustaz Hassan terkesan di hatinya. Laila kini seorang guru juga.

Salam takziah daripada kami sekeluarga buat Laila dan keluarganya. Kami doakan arwah diletakkan di kalangan mereka-mereka yang soleh jua. Al-Fatihah...

Quote Laila di FB:

"Alhamdulillah arwah pergi dengan mudah seolah-olah dia tahu dia akan pergi untuk selama2nya...kami sekeluarga redha dengan pemergiannya...dialah ayah, guru dan penasihat yang baik...sikapnya yang suka bersedekah tak kira di mana...Ayah, kami sekeluarga sayang ayah...Al- Fatihah untuknya...Arwah akan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Delek, Klang selewat2nya jam 10.00 pagi esok..."

Comments

Popular Posts