Takut Dinding

Selepas setahun menanti akhirnya diumumkan Uwais dah boleh bercakap ayat penuh. Dalam masa 2 minggu sebelum raya, tiba2 jer dia boleh communicate dgn jayanya. Kalau Aliyah dulu dah membebel dari umur setahun setengah lagi. Tapi Uwais selama ni sama ada diam ajer ataupun ckp satu dua perkataan, tp hujung2nya jer dapat. Sedikit terujalah aku sbb cukuplah dia punya apa tu subjek, kata kerja, kata nama ke, adalah semua, walaupun sedikit pelat. Huruf R, L, C dan S kat depan & tengah masih tak leh nak sebut. So kalau Mak Lang jadi lah dia Mak Yang, Garu jadi Gu jer, perkataan Kacang @ Goncang ker jadilah dia Kachang & Gonchang.

Malam tadi sudah 3 malam kat Melbourne bertiga jer. Entah apahalnya Aliyah kata takut nak tidur pulak. Aku tak mo tidur kat tepi dinding sebab sejuk. So aku suruh lah dia masuk ke dalam lagi supaya aku leh tidur sebelah sini, side opposite dinding tu. Dia asyik kata "takutlah mama". Alih2 dok tersepit2 kat sebelah aku. Aku pun bebel2 "Kenapa nak takut dinding tu pulak, bukan ada apa2 pun kat situ". So aku pun suruh "Adik, tidur belah sana, mama letak bantal ni". Aik tengok2 Uwais pun dok nak mencelah jugak kat sebelah aku. Siap tolak2 kakak dia. Lama2 jatuh katil lah aku camni...

Aku pun usha lagi "Adik, tidur sanalah". Pastu dia peluk2 aku sambil cakap "Takut dindin.." Mula2 aku tak dgr sgt apa dia kata. Pastu bila aku compute balik, barulah perasan, dia dok kata dia pun takut dinding jugak. Ha...ha..ha terguling2 aku gelak. Apahal lah Uwais ni mengikut lah pulak apa org ckp la ni. Sebelum ni tak bercakap sgt, skrg ni semua dia repeat. Yang tak faham pun repeat jugak. So last2nya, aku lah yg kena tidur kat tepi dinding tu. Nasib baik malam tadi tak sejuk sgt dah. Penatlah aku lagi beberapa hari ni nak kena berbalas pantun berseorangan dgn budak2 dua org ni ;-)

Comments

  1. Hahaha cutenyer! Time to bring in a 2nd bed into the room perhaps?

    :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts