SUV BARU!

Kami baru menambah koleksi kenderaan. Ada cerita sebenarnya kenapa kenderaan baru ini wujud. Yang pasti bukanlah sempena kemenangan En. Obama.

Selepas 3 bulan menetap di Barnes Way ni, kami teringin nak berpindah ke "rumah". Skrg ni kan tinggal dlm apartment. Pastu floor plannya agak pelik, so susah nak arrange furniture kat lounge. Mana taknya bukak2 pintu je nampak sofa & tuan rumah tgk TV gitu. Loungenya pulak agak gelap sbb view terlindung ngan pokok besar kat dpn rumah. Tp disebabkan memikirkan faktor kos dan lokasi, kami berpendapat kalau nak pindah pun biarlah kat sini jugak, cuma mungkin dr 2 bilik ke 3 bilik tidur. Jadi kami buat beberapa unit inspection, 2 di Barnes Way & 2 lagi di Waterdale Apartment (Sebelah Barnes Way je). 3 drpdnya terletak kat ground floor, 1 lg kat level 1 mcm rumah sekarang. Kos sewa sebulan dlm AUD1200 (fully furnished, of course, minus the laundry equipment). Unit skrg dlm AUD1000 sebulan.

Semua unit yg kami inspect ada pros & cons.

Unit 35 BW
Pros:
Ground Floor
Cantik & comel jer
View yg sgt cantik dr dlm rumah

Cons:
Sbb comel, lounge & dapurnya kecik
View terover expose to public (alahai takkan nak pakai tudung all the time kut) & security wise pun tak brp sgtlah kan sbb too much exposure
Bilik air takde tub

Unit 10 BW
Pros:
Dapur besar
Lounge besar sikit dr Unit 35

Cons:
Gelap mcm rumah sekarang
View tak menarik
Bilik air takde tub

Unit 2 & 7 WD
Pros:
Ground Floor
Lounge besar & panjang
Bilik2 cantik
Security bagus

Cons:
Dapur kecik & ruangannya sempit
View tak brp menarik
Bilik air takde tub

So apa keputusannya? Kenalah bandingkan dgn Unit 45 BW pulaklah kan.

Unit 45
Pros:
Lounge besar
Bilik air ada tub
Disebabkan pokok dpn rumah tu, maka view rumah tak terexpose to public, so privacy terjaga
View menarik kat luar rumah

Cons:
Gelap
Floor plan pelik
Dapur kecik

So apa keputusannya? Kalau perasan, akhirnya bath tub lah jadi decision maker. Kenapa? ha..ha..ha..Pentingnya bath tub kat Australia ni especially for Muslims, Allah saja yg tahu. Bukan nak jadi tempat berendam yer (harap maklum selepas 3 bulan, tak pernah berendam sekali pun). Bath tub tu penting, sbb kat OZ ni toiletnya takde paip kan, main calit2 jer , so faham2 jelah kepentingan bath tub tu. Lg satu kalau terdesak2 Aliyah nak p toilet pastu ada org, bath tub tulah jd tpt tujunya hu..hu.hu... In summer pulak ingatkan nanti kalau budak2 ni nak mandi kolam, itulah kolamnya. (Nasib baik bil air free)

Tak jadilah pindah, at least until November next year, itupun kalau ada rezeki. Kalau tak doklah kami kat sini sampai habis PhD nanti. (Harap maklum kpd pelawat2 & pengunjung2)

Jadi disebabkan tak jadi pindah, kami decide utk cantikkan rumah ni. Kami ingat nak letak sheer curtain kat lounge supaya tak gelap sgt. So off to Sydney Road, cari kedai fabric nama SPOTLIGHT.

Dlm pada mencari2 kedai tu, babah diaorg 'tersinggah' satu kedai mainan kat Sydney Road tu. Kedai org Arab. Last2nya hasil drpd pencarian rumah kami yg tak berjaya, kami pulang dgn SUV baru ni. Cantik tak? Aliyah punyalah, of course. Her first, brand new SUV!

Watch the SUV Inauguration Ceremony.


Ohh yes, not forgetting my new sheer curtains.

Comments

  1. bukan main detail lagi description rumah2 tu..macam nak promote kat org pun ada gitu..

    btw, very very girly suv, something che yam would have also chosen :)

    ReplyDelete
  2. Girly Indeed..siap tulis kat belakang designer girls lagi...

    ReplyDelete
  3. laa kak...ingatkan SUV muat akak satu family... ni aliyah sorang... mula2 masa tgk title, baru nak tanye berapa harga...huahauah....

    ReplyDelete
  4. apalah ko ni itu bukan SUV tapi ATV(All Terain Vehicles).Susah gak duduk apartment yer ya, macam2 x-factors kena tengok...apa pun jgn lupa ampang...

    ReplyDelete
  5. Ala samalah tu...Sporty. Lgpun ATV boleh lompat2, ni tak leh. Hu..hu..bising plak tu mcm blender bunti dia.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts