Menuju Bebas Hutang
Dengan terjualnya rumah kami di SP dan Ampang nanti, In Sha Allah, kami dapat mencorak kembali pengurusan kewangan kami yang adakalanya banyak tersasar di waktu muda kami. Ya, kami akan membeli rumah baru kelak, namun kajian teliti kemampuan perlu dibuat agar tidak lagi terjerumus ke kancah membuat hutang-hutang mudharat. No more expensive cars for us. Cukuplah sekadar yang ada sekarang. Selagi masih bisa berfungsi tanpa masalah yang berpanjangan akan kami gunakan seadanya biarpun dikatakan tanpa prestij. Hutang PTPTN pun bakal selesai dalam masa 2 tahun ini dan duit yg selalu diallocate untuk itu boleh dibuat simpanan dan pelaburan di tempat lain yang lebih menguntungkan terutamanya bagi tujuan menunaikan haji. Mungkin juga boleh difikirkan untuk membeli rumah kecil lain bagi tujuan investment seterusnya, sekiranya semua hutang-hutang mudharat ini selesai.
Buat sementara, aku sudah pastikan semua ahli keluarga dilindungi TAKAFUL nyawa, kesihatan dan pendidikan, di samping menabung Tabung Pendidikan Anak-anak di SSPN dan untuk tujuan tunai haji mereka di Tabung Haji. In Sha Allah, by the time they are 18, paling tidak kami boleh membayar yuran pengajian mereka apabila mereka melanjutkan pelajaran di dalam negara dan sudah cukup simpanan bagi tujuan haji. Credit Card pun jarang digunakan kecuali bagi tujuan membeli buku secara online dan mengisi minyak kereta, itupun kerana nak mengumpul point mata ENRICH bagi tujuan membeli tiket kapal terbang yang lebih murah apabila perlu. Kadang-kadang point itu juga boleh ditukar menjadi voucher bagi membeli buku atau mengisi minyak.
Apapun aku banyak belajar perihal rezeki daripada buku ini. Highly recommended book! Aku galakkan semua membeli dan membaca buku ini. Sudah banyak kali khatam, tapi setiap kali pembacaan akan ada 'pandangan' baru hasil drp pembacaan buku ini, In Sha Allah sangat berguna.
Satu lagi blog yang sangat membantu bab-bab perancangan kewangan ini adalah blog En Mohd Zulkifli yang boleh dibaca di sini. Entrinya berkenaan "Seronoknya hidup tanpa hutang" amat terkesan di hatiku. Semoga Allah permudahkan perancangan kami untuk hidup bebas daripada hutang-hutang yang membawa mudharat lagi. Ameen.

Comments
Post a Comment