Bedtime
Saya berasakan salah satu waktu yang
paling saya hargai setiap hari dalam kehidupan saya seharian adalah apabila
tibanya waktu untuk menidurkan anak-anak saya. Bukanlah kerana saya ‘gembira’
akhirnya mereka berjaya tidur. Percayalah, kadang-kala saya yang tertidur terlebih dahulu daripada mereka.
Adakah mereka bergembira sebab saya sudah pun tidur? Itu saya tidak pasti sebab
saya telah pun tidur Sesungguhnya, sekiranya saya berjaya membuatkan
mereka tidur menjelang jam 10.30 malam setiap malam, maka itu adalah satu
pencapaian yang sangat membanggakan buat saya. Tetapi acapkali, kelihatan
seolah-olahnya saya akan tidur sebelum mereka. Haru bukan? haha
Ada 2 perkara yang menyebabkan waktu menjelang tidur ini sangat istimewa buat saya dan bakal saya rindukan apabila mereka meningkat dewasa kelak.

I now have high respect for children's photographer. I almost go crazy trying to get the 'right' picture. But I guess, it was the moment that is the most important :-) |
Pertamanya:
Aliyah dan Uwais akan sentiasa berebut hampir setiap malam untuk tidur di salah satu sisi 'ketiak mama'. Sisi satu lagi telah pun dipenuhi kuotanya setelah sekian lama oleh Luqman. Tiada kompromi di situ! Maka hanya tinggal sebelah lengan sahaja, maka mereka berdua perlulah bergilir-gilir. Kadang-kadang bergaduh kerana gilirannya lari ataupun kekerapan yang tidak adil pada pendapat pihak satu lagi. Setiap malam juga saya akan tersenyum-senyum memikirkan apalah yang istimewa sangat lengan mama ini sampai jadi rebutan haha... Suatu malam apabila ditanyakan hal ini, Uwais memberikan jawapan tulus ikhlasnya: “Sebabnya lengan mama ni gemuk dan mama tak marah” hahaha... Baiklah, saya terima jawapan itu dengan hati terbuka dan sedikit syahdu
Keduanya:
Setiap kali menjelang waktu tidur saya cuba juga untuk membaca atau bercerita kepada mereka sepertimana ibu-ibu ‘mat salleh’ yang saya lihat di dalam TV, mahupun buku-buku yang saya baca, namun saya jarang benar mendapat peluang untuk melakukannya dengan kerap. Maka setiap malam sebagai gantinya sebelum mereka terlelap saya anjurkan mereka untuk berkongsi pengalaman dan pemikiran harian mereka dengan saya. Kisah-kisah yang mereka khabarkan pada saya ini kadang-kala tidak akan terluah di waktu siangnya apabila mereka dan saya sendiri sibuk sama ada dengan urusan sekolah, kerja dan rumah.
Contohnya, suatu malam, Aliyah mengisahkan tentang susunan tempat duduknya di dalam van sekolah. Dia merungut kerana dia sentiasa perlu duduk di bahagian belakang van walaupun dia adalah pelajar yang paling awal menaiki van tersebut dan bagaimana ada beberapa rakan yang akan sentiasa 'conquer' untuk duduk dengan rakan-rakan tertentu sahaja. Apabila saya menawarkan diri untuk ‘campur tangan’ dia sekeras-kerasnya menolak tawaran saya, kerana takut rakan-rakan ‘seangkutan’ dengannya itu akan mengetahui bahawa sebarang perubahan tempat duduk itu kelak adalah hasil daripada 'campur-tangan' saya. Dalam diam itu saya terfikir bahawa perkiraan tempat duduk di dalam pengangkutan sekolah pun memerlukan ‘politiking’, hmmm .. sekurang-kurangnya dia telah menolak penggunaan 'kabel' dalam menangani isu-isu itu.
Di suatu malam yang lain pula mereka akan membincangkan tentang apa yang mereka mimpikan malam sebelumnya. Suatu ketika mimpi Uwais berkisarkan kepada watak-watak yang keluar dari dinding, terbang di seluruh tempat dan dia adalah wiranya! Saya merasakan kemungkinan dia terlalu kerap menonton BoBoiBoy pada waktu itu. Namun jalan cerita mimpinya kadang-kadang begitu jelas, sehinggakan saya menyedari bahawa mungkin dia telah menggunakan sebahagian daripada imaginasinya di bahagian-bahagian tertentu penceritaan semula mimpi itu. Tetapi melihatkannya begitu bersemangat dalam menceritakan mimpinya itu, menyebabkan saya tidak dapat tidak turut sama menyelami keseronokan kisah mimpi Uwais itu
Suatu hari nanti, pasti saya akan terkenangkan semua sesi perkongsian waktu tidur dengan mereka ini. Kadang-kadang, saya tertanya-tanya juga apakah mungkin ada yang lebih baik lagi yang saya boleh lakukan bersama mereka. Tetapi apabila difikirkan semula, mungkin yang pentingnya saya menikmati baki hari-hari mereka dengan saya. Sesungguhnya, kelak mereka akan membesar dan mempunyai anak-anak mereka sendiri. Mungkin suatu hari nanti In Sha Allah, mereka akan mempunyai sesi yang sama dengan anak-anak mereka sendiri, dan di tengah-tengah perkongsian itu, ia akan mengingatkan mereka kepada saya. Semoga mereka mendoakan yang terbaik buat saya dan babah mereka, sepertimana kami sentiasa cuba mendoakan yang terbaik buat mereka. Amin :-)

Life As I See It ~ NFN
Comments
Post a Comment