Eventually...

Ready for school!
Alhamdulillah, Aliyah sudah memulakan persekolahan secara rasmi di Convent SP hari Selasa minggu ini. It's the only all girls' school in SP. Comelnya je sekolahnya, sudah berumur 60 tahun, maka kebanyakan bangunannya adalah melambangkan umurnya itu ;-) Oleh kerana ruangan yang terhad, maka sesi sekolah perlu dibahagi dua - Sesi pagi bagi murid-murid Tahap Dua dan sesi petang bagi murid-murid Tahap 1. Oleh kerana Aliyah akan masuk Darjah Dua, Aliyah perlulah bersekolah di sesi petang selama setahun lebih lagi.

Pada aku, fasiliti sekolah yang agak limited kerana umur dan ruang dan juga kesesakkan teruk setiap kali nak menghantar anak ke sekolah dan mangambil mereka, bisa membuatkan ibubapa berfikir dua tiga kali sebelum nak memasukkan anak-anak mereka ke sekolah ini. Namun, khabarnya ramai sekali di sekitar SP yang berlumba-lumba menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini, sedangkan banyak lagi sekolah-sekolah baru dan terdekat dengan rumah mereka di SP ini. Bayangkan setiap Tahun ada 4 kelas, dan setiap kelas pasti murid-muridnya mencecah minima 40 orang! Kemungkinan track record sekolah sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini menyebabkan ibubapa ‘bersemangat tinggi’ juga memasukkan anak mereka ke sekolah ini. Maka sekolah ini diistiharkan sebagai sekolah kawalan. Malah untuk memasukkan Aliyah pun, aku perlu terlebih dahulu mohon kebenaran dan sokongan drpd Guru Besar sekolah.

First day @ School
Keputusan memohon ke Convent sebenarnya lebih kepada mahu mengelak sekolah Co-Ed kerana kenal benar dengan perangai Aliyah yang perlu masa menyesuaikan diri dengan tempat baru dan kurang gemar dengan kelakuan murid-murid lelaki. Even in Australia pun, dia tak berapa boleh pergi with some of the boys, apatah lagi kalau perlu adaptasi dengan boys dengan sakatan-sakatan dalam loghat utara ;-) Kemungkinan besar dalam tahun 2013, sekolah Co-Ed baru akan mula beroperasi di dalam taman kami, Insya Allah, Aliyah akan dipindahkan ke sekolah tersebut. Hopefully, by that time, Aliyah is already used to the schooling system and would easily adapt to a co-ed school again.

Setakat ini, Aliyah hanya mengomel-ngomel pasal perhimpunan. Katanya tak best – sebab dia tak faham apa yang cikgu cakap. He..he..he mana taknya kalau kebanyakan pengumumannya dibuat dalam loghat utara ;-) Aliyah jugak komplen penat. Biasalah sekolah petang memang begitu. Aku pun dulu paling tak suka sekolah petang. Terasa hari begitu pendek. Kini Aliyah dan adik2nya masuk tidur jam 9.30 malam, bagi memudahkan bangun awal dan bertenaga ke sekolah. 

Selepas selesai semua pendaftaran dan pembayaran yuran sekolah, Aliyah dimasukkan ke kelas yang terakhir. Ini adalah berdasarkan polisi sekolah, bahawa semua murid baru akan ditempatkan di kelas tersebut sehinggalah penilaian seterusnya tahun ini. Kelas tersebut hanya ada 28 murid-murid, maka memudahkan guru membuat lebih tumpuan kepada murid-murid yang lemah. Bagus juga, this means she can get extra attention untuk subjek-subjek Bahasa Arab, Pendidikan Islam dan Bahasa Melayu and also not too much pressure for her to perform seperti murid-murid kelas hadapan. Cumanya, murid-murid kelas lemah ini ada ‘traits’nya tersendiri. Very cheeky dan meriah all the time. Sangatlah peramahnya. Come to think of it – mcm classmates Aliyah di Kingsbury pulak. Kata Aliyah, classmates sekarang lagi bising he..he..he.. In fact, hari pertama, sementara menunggu guru masuk ke kelas, aku telah ‘tolong’ introduce kan Aliyah kepada classmates barunya. Sekejap jer, depa dah make her feel welcomed, Alhamdulillah.

Muka orang risau nak masuk sekolah baru ;-)
Seperkara yang menarik juga, bagi hari-hari yang ada pendidikan Jasmani dan Kesihatan, sekolah membenarkan semua murid mengenakan baju PJK seharian. Maka tidak lah buang masa untuk menukar uniform dan bawa baju tambahan ke sekolah. Ini bermakna, kuranglah sehari dua dalam penggunaan uniform sekolah ala Malaysia yang kerapkali perlu digosok itu. Alangkah bagusnya, kalau lebih banyak hari begitu he..he..he…Sehari seminggu pula, semua murid perlu datang sejam awal ke sekolah untuk menghadiri sesi Tasmi’ Al-Quran dan tambahan Bahasa Arab di bawah program j-Qaf sekolah. Alhamdulillah, kerana penekanan ini berterusan bukan sahaja di kelas KAFA, tapi kini juga di sekolah-sekolah kebangsaan. Kami doakan Aliyah akan dapat menyesuaikan diri dengan sistem persekolahan Malaysia dan menjadi seorang murid yang cemerlang sahsiah dan minda, Insya Allah, Amin.  

Comments

  1. Assalamualaikum Fadzlina

    Comelnya Aliyah berpakaian sekolah. Moga Aliyah berjaya sesuaikan diri dengan suasana persekolahan di Malaysia.

    ReplyDelete
  2. kak, sedih. dekan tak luluskan 2nd extensio., Dia underestimate my ability to finish the writing up and even pass the phd. kejaaam

    ReplyDelete
  3. Allah Wani...begitukah?..nanti akak email wani yer.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts