Syawal kami...

Syawal yang bermula di penghujung Winter & permulaan Spring!

Sambutan Syawal di Victoria bermula pada hari rabu, 31 Ogos. Manakala kebanyakan tempat lain termasuk Malaysia menyambutnya pada 30 Ogos. Dua malam lah dok calling2 Malaysia sebab malam pertama abah kata tak leh nak wish Selamat Hari Raya lagi...ha..ha.ha betul gak kan.

Anyway, tahun ini walaupun baru dua kali Aidilfitri di perantauan, tidak lah berapa sedih pilu sgt, sbb tahu tak lama lagi nak balik dah hu..hu..hu. Lagi satu aku tahu, di Malaysia raya pertama adalah pastinya lebih pilu lagi kerana Mak We sudah tiada bersama merayakannya sekali :-( In a way, berhari raya kali ini, make up aku maintain ;-P



Aku berasa sangat senang raya kali ini, kerana sambutan hari raya Desa Bundoora semuanya di buat di dewan International College La Trobe University berhadapan dengan Barnes Way, kawasan rumah kami. Jadi drpd Takbir malam raya, solat sunat raya, sambutan hari raya dan open house, kami berjalan kaki shj ke situ. Di dalam cuaca musim bunga, kami menapak ke sana, terasa seperti kami berjalan raya ke rumah sanak saudara di Malaysia pulak. Seronok rasanya. No pressure! Alhamdulillah, kemudiannya kami memenuhi jemputan ke rumah teman-teman yang turut membuat rumah terbuka. Terima kasih.

Khutbah Raya by Ustaz Azizi.

Kenangan terindah Aidilfitri kali ini pasti menggamit perasaan rindu terhadap kehidupan kami di Melbourne ini kelak. Walaupun sangat ringkas, tetapi sangat terkesan di jiwa. Semoga ianya menjadi pemangkin kehidupan yang lebih bermakna di masa hadapan di tanahair nanti, Insya Allah. Amin.


Whatever you feel looking at this snapshot - it's mine too :-D


Comments

  1. I simply love the last picture kak! Looks like those posters of young-love independent movies Yasmin Ahmad used to make. :D

    ReplyDelete
  2. kan..kan..kan.. he..he..he

    Selamat hari raya Jep!

    ReplyDelete
  3. slamat hari raya aidilfitri ...jom masuk blog akk http://batulesung.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Fadzlina,
    Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin.
    Cantik gambar Fadzlina sekeluarga.:-)

    ReplyDelete
  5. Salam Aidilfitri kembali kepada Imran, CT dan Kak Sharifah :-D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts