Into the Wild @ Werribee Open Range Zoo
Semalam kami 2 keluarga (dgn Niza & Rizal sekeluarga) telah berjaya menjelajah Werribee Open Range Zoo. Trip terakhir ke zoo di Melbourne ni adalah 2 tahun lepas, masa mula2 tiba di bumi Melbourne ni. Aliyah & Uwais pun masa tu kecik2 lagi, tak berapa nak menghargai semua ‘hayawanat’ di Melbourne Zoo tu. Melbourne ada 3 Zoo utama. Werribee adalah salah satu drpnya. Memandangkan skrg cuti sekolah, dan cuaca pun dah mula stabil, budak2 pula dah lemas dok dlm rumah, jadi elok sgt lah bwk berjumpa & berkenalan dgn mamalia2 lain ;-)
Werribee Open Range Zoo terletak dlm 45 minit dr rumah. Utk tiket masuk, eloklah bwk kad pelajar utk dptkan harga consession. Kami bertiga, termasuk babah budak2 ni pakai kad pelajar, maka dpt lah harga tiket dlm $19 utk dewasa, dan $12 utk kanak2 yg berumur 4 thn ke atas.
Zoonya lebih besar drpd Melbourne Zoo, tetapi haiwan2nya terutama mamalianya kurang drpd 20 jenis. Jadi sebenarnya semua exhibit2 utamanya boleh dihabiskan dlm masa kurang drp 2 jam.
Pada awalnya kami rasakan zoo ni agak membosankan sebab dr pintu depan tak nampak sebarang exhibit pun (kecuali exhibit gorilla, yg masih dlm proses utk tahun depan). Tp disebabkan konsep zoonya menekankan suasana habitat asal haiwan2 tersebut, maka mmg pada pandangan pertama tidak sama dgn zoo2 lain yg pernah kami pergi. Tambahan pula cuaca tengahari tersebut agak panas sedikit dan kami tak terus melawat. Kami berhenti makan dulu dan menunggu kononnya ‘show’ meerkat berdekatan dgn pintu masuk zoo. Rupanya bukan ‘show’ pun, lebih kpd ‘meet the keeper’ di mana meerkat tersebut diberi makan dan sedikit penerangan diberikan mengenainya oleh penjaga mereka. Tp budak2 mmg suka lah tgk meerkat yg comel2 tu.
Meerkat Weeribee lebih comel drpd the ones in Meerkat Manor yer :-) |
Selepas tgk meerkat kami tour bhg tengah zoo dgn bas yg disediakan pihak zoo. Setiap pengunjung diberi satu sesi ‘tour-guided trip’ selama lebih kurang sejam dgn bas secara percuma, melihat kebanyakan haiwan2 ‘in a more natural setting’. Konon2nya mcm di Afrika lah lebih kurang..he..he..he…
Tp kalau mahu ‘tour’ yg lebih African safari style, dgn lori pickup kecil, maka perlu tambahan dlm $60 seorang dewasa, dan $50 untuk kanak2 (yg berumur 8 thn ke atas shj). Mahal dan rasanya tidak berbaloi berdasarkan jumlah haiwan yg ada di bhg savannah zoo tersebut, tp tour guide akan membawa anda sehampir yg boleh dgn haiwan2 di situ. Boleh main tepuk tampar lah, kalau nak ;-)
Ada beberapa haiwan yg kita tidak akan nampak secara dekat ketika tour dgn bas. Masih perlu kepada sesi penjelajahan secara berjalan kaki. Ada 3 ‘walking trails’ di Weeribee Zoo. Yg paling pendek 500 meter, kemudian 1000 meter dan yg paling panjang 1500 meter. Kalau rajin dan cuaca ok, bolehlah usahakan ketiga2 trails. Tp kami hanya jelajah keseluruhan Pula Reserve Walking Trail (1000 meter) shj, sbb yg itu lah yg paling utama.
Just stick to this trail & you'll have lots of fun with the children (& animals, of course). Right ahead is the projected Gorilla enclosure for next year |
Di sepanjang trail kita boleh tgk haiwan2 spt singa, cheetah, hippo, wild dogs, meerkat, velvet monkeys secara ‘bersemuka’, dipisahkan dgn kaca setebal 2 inci shj. Sungguh teruja dan menggerunkan! Lebih2 lagi melihat cheetah berjalan mundar mandir hanya dipisahkan dgn kaca setebal itu shj. Aliyah & Luqman sgt suka!! Uwais jer kecut perut sikit tgk ha..ha..ha..
Both of them showering the cheetah (or is it the glass) lots of kisses ;-) |
Keseluruhannya zoo ini mmg menarik dan sgt bersih (for a zoo). Susun atur kawasan exhibit2nya pun teratur dan kreatif. Kemudahan2nya pun byk, ada BBQ & picnic area, salah satu drpdnya dibina seolah2 perkampungan ‘African Hut’, playground termasuk satu yg hippo style, dan ada byk tempat yg boleh menjadi adventure grounds utk kanak2. Dicadangkan pergi awal pagi atau lewat petang kalaulah tak mahu seharian di situ, kerana kebanyakan haiwan2 ‘menyorok’ drpd panas pada waktu tghari dan awal petang. For us, it’s highly recommended for a nice family outing, weather permitting, that is :-)
Well, at least these 2 really enjoy their day together :-) |
wah, wani tak pernah lagi terjah zoo kat UK nih...
ReplyDeleteand memang nak tengok the real meerket, mcm femes je meerket kat iklan tv tuh... uhuks, dah le masa dok uk baru tau kewujudan binatang itu. bestnye kak, binatang dalam cermin je, tak dalam sangkar yang dipisahkan dgn longkang!. uhuks
kalau yg karnivor, mcm lion, cheetah & african wild dogs tu mmg cermin, dan separuh lagi mcm pagar ala2 kayu jer gitu. Nampak cam real lah kat Africa sikit he..he..he, dan tak busuk tau!
ReplyDelete