Reality check!

September datang dan pergi. Aku masih termanggu-manggu mencari rutin kerja. Kadang-kadang banyak perkara yang tidak dijangka datang silih berganti menyebabkan kerja pun tertangguh. 

Penat mengemas dan kumpul data masih tak habis, aku pulak kurang sihat, kemudian anak-anak begitu juga. Luqman pula bertambah manja kerana sebelum-belum ini aku sentiasa ada di rumah, maka perlulah meluangkan masa dengannya dan beransur-ansur menambahkan waktu di pejabat. Kemudian dikejutkan pula dengan berita keperluan perpindahan ruang pejabat di Fakulti. Mana mungkin menemui rutin kerja yang mantap kalau begini.

Semuanya sebahagian daripada isu/perkara berbangkit dalam perjalanan menyiapkan PhDku. Sesungguhnya pada hemat dan perkiraan aku, penyelidikan & penulisan tesis sememangnya boleh disiapkan dalam masa kurang daripada 2 tahun pun, sekiranya total masa bekerja sahaja yang diambil kira. Tetapi biasalah bila PhD hanyalah sebahagian daripada kehidupan anda dan bukanlah kehidupan anda semata-mata, pasti ada hal lain yang mengganggu-gugat kelancarannya atau perkara lain di antaranya yang perlu didahulukan. That's life - PhD or not!

So my motto is always - "When you are in the groove, stay in IT!" Even if I have to work on Sundays...unless I'm looking at permanence residency here...  

Comments

  1. kak fadz, chiyuk chiyuk, wani pun tengah mencari kerajinan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts