Collecting in Progress
Doa Nabi Daud sentiasa meniti bibir, siap bertiup-tiup, kadang2 rasa macam bomoh pun ada he..he..he...begitulah adanya aktiviti temuramahku yang kini sedang berjalan sepenuh masa.
Alhamdulillah, setakat ini kerjasama amatlah menggalakkan. Habis satu Klang Valley ni aku tawaf. Kadang2 pergi jalan lain, balik jalan lain. Kadang2 perjalanan ke tempat temuramah guna satu highway, nak balik sampai 3 highway. Begitulah banyaknya highway kat Klang Valley ni, nama pun aku tak ingat, siap sedia duit tol jer lah. Kadang2 temuramahnya 45 minit, tapi nak sampai tpt informants je sejam, itu tak masuk nak balik lagi. Nasib lah kalau dah petang, lagilah lambat kalau dah terlekat dlm traffic jam. Kadang2 informants janji certain2 time, tapi selalunya aku akan dok melengung tunggu depa paling tidak 15 minit, paling lama sampai 30 minit. Begitulah busynya depa, dibandingkan aku yang buat2 busy ;-P.
Itulah cabaran data collection qualitative ni, especially interviews. Tapi aku rasa sangat teruja dan seronok dapat berkongsi idea dan maklumat dengan semua informants. Aktiviti temuramah ini membawa aku kepada pelbagai perspektif dan kacamata informants tersebut. Tersangatlah menariknya! Kalau kena buat berulang-kali pun aku sanggup, well...maybe next time ler.
AT: One of my informants a few days ago - Kedua-dua kelopak matanya secalit eye shadow berwarna biru, bajunya kebaya moden berlining berwarna pink lembut, tudungnya muat2 mukanya yg bulat, kasutnya high heels pink terang - so cute...but soooo definitely not me! he..he..he
bomoh? hehehe
ReplyDeletegood luck kak