Salam Aidil Fitri


Assalamualaikum,

Di kesempatan ini, saya, Ibrahim, Aliyah & Uwais ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lebaran untuk semua sanak saudara, rakan taulan dan sahabat handai kami yang nyata mahupun yang maya, di tanah air dan seluruh dunia. Diharap hari raya kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya.

Buat Abah, Mama, Adik, Feddy, Aiman, Baarizah, Harry, Esham, Lyn, Ejah & Edan; mohon ampun dan maaf sekiranya ada kiranya kami sekeluarga terlajak kata , terkasar adap, yang mengguris hati. Sesungguhnya yang baik itu adalah daripada Allah dan yang tidak baik itu daripada saya sekeluarga.

Berhati-hati di dalam perjalanan, semoga selamat sampai dan selamat kembali. Kenanglah kami dalam ingatan, doakan hari-hari kami di sini lebih baik daripada hari-hari yang telah lepas. Panjang umur, murah rezeki kita jumpa lagi.

Sampaikan salam kami kepada nenda-nenda, dan semua sanak saudara di Kuantan & Melaka. Semoga mereka semua sihat sejahtera hendaknya dan bergembira menyambut Aidilfitri.

Akhir kata, terimalah ucapan Selamat Hari Raya daripada cucunda-cucunda tercinta. Enjoy ;-)



Wassalam.

http://video.google.com.au/videoplay?docid=6003762436918461647

http://video.google.com.au/videoplay?docid=7508396276375600517

http://video.google.com.au/videoplay?docid=-856055949225491257

http://video.google.com.au/videoplay?docid=-2456771238110325224

Comments

Popular Posts