Fairy Princess...

Hari Khamis minggu ni adalah hari terakhir sekolah Aliyah utk Term 3. So teacher dah pesan minggu lepas, kena dtg dgn costume. Pening nak carik costume sebenarnya, sbb byk yg tak sesuai (spiderman? gaban? Indiana Jones) @ mahal(Sleeping beauty, Snow White) dan tak halal plak (imagine Hannah Montana punya costume pun ada, skali ngan rambut palsu plak tu, he..he)


So last2 nya, beli costume yg mahal sikit, tp boleh pakai for other occasion. Jadilah Aliyah Fairy Princess hari tu, siap beli Magic Wand, Tiara ngan kasut cup-cup kat reject shop lagi. (Nasib baik tak pakai kasut cup-cup tu hari kejadian, dia terlupa...hu..hu)

Hari Dress Rehearsal (lepas beli)

Hari Kejadian

Tengok.. Adik pun kepelikkan tgk semua org pakai baju mcm2

Next term dia suruh beli baju pirate plak. Mana pulak nak carik costume pirate mcm Keira Knightley nanti...hmmm.

Comments

  1. salam,

    Patut beli sayap rama-rama yang boleh selit kat belakang tu. Baru betul jadi Fairy Princess....

    Sayap tu aku beli untuk anak aku kat pasar dalam 2 dollar satu. Tinggal baju fairy je tak ada.

    Ke..aku pinjam anak kau punya..bole kan??

    ReplyDelete
  2. Ada sayap tu kat Reject Shop dlm AUD5. Tp malas pulak nak beli, sbb tempelan jer, kan. Nanti tak lama dia baling je benda tu.

    Aku rasa sementara nak pos bj tu, mesti anak u pun dah besar..

    ReplyDelete
  3. Salam..lawa anak ko pakai costum tu macam chidai-rella....napa tak bagi pakai baju cicak-man ker bagi nampak malaysian...oklah sempena bulan baik aku dan family nak minta maaf dan ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin...semoga ko cepat dapat PHD ko yer...

    ReplyDelete
  4. Sampai ati ko..Takper aku maafkan.

    Aku sekeluarga pun nak mintak maaf zahir dan batin. Selamat Menyambut Hari Raya. Kirim salam kat org2 Permatang Badak yer.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts