Annyong Haseyo in Seoul - Day 1

Disebabkan lapar, kami decide utk jalan-jalan cari makan ke Itaewon yang dikatakan banyak tempat makanan halal. Selepas makan cadangannya untuk ziarah Masjid Seoul Central yang juga terletak di Itaewon. Kami ke Itaewon juga menggunakan subway train dr line kami Line 2 (Green Colour Line) di Sinchon perlu bertukar line ke Line 6 (Brown Colour Line). Masa inilah baru aku tahu betapa extensivenya line-line subway train Seoul. Ada 9 semua nya, bersimpang-siur, atas bawah, 2-3 tingkat, hampir kesemuanya di bawah tanah. Sepanjang di sana, kami hanya guna train sahaja. Murah, cepat dan tak yah pening2 tanya orang2 Seoul yang tak reti ckp omputeh ;-) Lagipun, traffic Seoul adalah sgt sibuk. Pulak depa drive on the wrong side of the road..ha..ha.. Boleh dikatakan hampir lunyailah phamplet train Seoul tu jadi rujukan aku sepanjang kami di sana. :-D

Have to go all the way to Seoul to eat a Turkish Kebab ;-)
TBC....

Comments

Popular Posts