Berkira

Dalam hidup aku ni, memang dah beberapa orang yang aku jumpa yang memang sangat berkira dalam segala benda, duit, masa, ilmu, kelebihan, harta benda, you name it. Kalau orang-orang ni tiada pendiddikan tinggi, tiada diletakkan harapan sebagai seorang pendidik professional, mungkin aku boleh lah tutup sebelah mata, pendamkan saja. Namun, sepanjang 15 tahun sebagai pensyarah ni, bukan seorang dua yang aku jumpa begitu. Jumlahnya mungkin 10 thn lagi sudah tidak boleh dibilang dgn jari tangan lah kot. Dalam kelas pun contoh yang diberikan kepada pelajar ada unsur2 materialistik aje. Aku rasa bersalah dan kesal pulak kepada pelajar sebab ada cikgu dia yang perangai huduh mcm ni. Aku nak doa apa pun aku tak pasti. Nak doakan dia berubah lah kot dak, tapi in the meantime, tah berapa byk ajaran sosek yang dah dia beri dalam kelas gamaknya huhuhu...

Anyway, orang-orang berkira ni ada banyak jenis. Tapi yang paling teruk aku pernah jumpa, bukan sahaja dia ni berkira, malah dihasut nya sekali orang lain supaya turut bersama dengan pemikiran dia. Yang tambah choiiii lagi, dia tu dah lah berkira kan, hasut pulak org lain berkira semacam dia, pastu dia tak boleh terima atau tengok org dapat lebih daripada dia! Adoi, ini mcm punya olang pun ado!!! Aku pun pelik lar drp mana lah org2 ni datang. Takkan mak ayah depa pun mcm tu kot? What kind of upbringing do they actually impart on their children that led to their children jadi org yang sgt berkira ni? Aku pun bukan org senang dulu (skrg pun bukan lah millionaire, fefeeling jer millionaire hahahaha). Semua benda kena berjimat, berhalus penggunaannya. Tapi takde lah mak pak ajaq jadi kedekut, bakhil, tunggu ganjaran punya mentaliti.  

Tapi satu lah aku nak habaq, sepanjang2 aku berurusan dengan org yg berkira taik idung masin ni, hidup diaorg tak senang pun. Ada jer masalah rezeki tersepit. Daripada nak cepat jadi lambat, daripada benda mudah jadi susah, daripada terasa kaya jadi rasa terhimpit. Ada jer lah masalah yang menimpa. Yang bestnya diaorg tak perasan pun. They keep on dengki jer dkt org lain yang didakwa dpt semuanya senang tu. Dia terlupa nak tanya pulak agaknya, apa lah yang org Allah mudahkan hidup tu pernah buat selama hidup mereka. Dia terasa semua org nak kenakan dia je. Bongkak, riak dan takabbur menghiasi kehidupan. Kadang-kadang bentuknya nyata, kadang-kadang tersirat, namun sikap yg 3 ni tetap ada. Terlupa agaknya Allah bagi pinjaman je semua benda. Hatta, udara yang kita guna untuk bernafas ni, kalau dah ditarik balik, satu sen pun tak guna.

Aku bosan betul nak melayan. Kalau ikut tahap kesarcastikan aku yang dah lama aku bersarakan, dah lama dah aku laser balik. Namun setakat ni, bolehlah lagi nak bersabar. Seperti mana aku layan boss setiap kali aku nampak dia lalu - aku akan pusing kot lain - begitu jugaklah aku layan org2 macam ni. Kadang-kadang senyum pun dia tak mampu sedeqah. So apa lagi lah nilai yang tinggal huhuhu...Wallahu'alam...    

Comments

Popular Posts