Politik Tiru & Tipu
Part of the task of being a legal advisor in campus is for me to sit in as a panel of Disciplinary Hearings. One of the most frequent issue affecting students in campus is being caught trying to cheat in examinations. Recently, there are a few cases that caught my attention and I find them seriously needing to be addressed accordingly. So I wrote this note to all my students. I hope it hit a core and they understand how serious trying to cheat or cheating in examinations are.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Assalamualaikum semua dan salam sejahtera,
Saya merasa terpanggil untuk menulis hari ini kerana saya berasa kecewa dengan beberapa kes tangkapan cubaan meniru atau membawa nota ke dalam dewan peperiksaan baru-baru ini. Kes-kes seperti ini bukanlah baru sepanjang tempoh saya menjadi pensyarah. Namun kini, teknik-teknik yang digunapakai semakin berubah, bertambah canggih mengikut peredaran zaman. Saya pasti anda semua pun sedia maklum.
Tetapi bukan kecanggihan teknik yang mahu saya tekankan di sini.
Saya mahu anda semua jelas, bahawa cubaan meniru sama ada menerusi komunikasi dengan pelajar lain ketika peperiksaan berlansung atau membawa nota atau sebarang peralatan yang tidak dibenarkan ke dalam dewan peperiksaan bagi tujuan memperbaiki/mempermudah cubaan menjawab soalan peperiksaan adalah SALAH bukan sahaja dari sisi peraturan akademik UiTM, tetapi SALAH dari segi etika.
Dan sekiranya anda melakukannya dan tidak tertangkap sekalipun, anda seharusnya berasa BERSALAH dan MALU kepada diri sendiri. Malu kepada Tuhan, malu kepada teman-teman lain yang berusaha untuk menjawab soalan peperiksaan berkenaan tanpa perlu meniru atau membawa nota sampingan yang tidak dibenarkan. Mereka berusaha, bersengkang mata mengurus jadual pembelajaran mereka, mengapa tidak anda? Mengapa pula anda istimewa, tidak perlu melakukan perkara yang sama?
Dan sekiranya anda tertangkap, dalam istilah Inggerisnya - RED HANDED, anda sepatutnya mengakui ianya adalah suatu KESILAPAN dan KESALAHAN bukan sahaja dari segi undang-undangnya tetapi dari segi etika jua dan bersedialah menghadapi sebarang tindakan yang bakal dikenakan. You have been cheating yourself, and nothing you say can change that fact! Anda perlu menghadapi kesan daripada tindakan yang anda ambil itu dan bukanlah mencuba untuk melarikan diri (escaping) daripada menghadapinya. Tambah mengecewakan lagi sikap sesetengah pelajar yang tertangkap ini, yang menggunakan pelbagai alasan untuk menafikan mereka telah membawa nota ke dalam dewan peperiksaan. Yes, under the law you have the rights to do so, you can deny all the facts and allegations but always remember that all actions taken in your life will have repercussions, good or bad, and it may not be today, or tomorrow, but some day what you do today will catch up with you. If it's good, then Alhamdulillah, if it's bad then, Na'uzubillah.
Ada pula yang cuba 'merayu' pihak berkuasa yang telah membuat tangkapan memaafkan dan 'melupakan' sahaja tangkapan dan laporan yang telah dibuat dan 'mencadangkan' kes tersebut dibuang sahaja. Malah ada yang menggunakan 'kuasa-kuasa dari luar' universiti untuk membuat 'permintaan' sebegini dengan harapan ianya dapat menekan pihak berkuasa universiti daripada mengambil sebarang tindakan. In such instances, you are now committing another WRONG. If you argue that this is your future, then you should have considered that before you make the decision to commit this WRONG and then pleading it to be 'erased' off the records! You may 'erased' it from our records, but not with God! This is clearly unethical! This is how corruption starts!!! Please, please, please, when you continue with your lives and career post graduation, don't even think of doing this. A corrupt free organisation starts with you. And again, remember that even if you escape this time - unfairly to the rest of your classmates, I am stressing that such actions will have repercussions, some day it will catch up with you. When that day comes, remember, you all have been reminded.
Saya menasihati ini kerana saya sayangkan semua pelajar-pelajar saya dan mendoakan anda semua menjadi manusia yang berguna bukan sahaja kepada bukan diri anda sendiri, malah semua yang di sekeliling anda. Hiduplah beretika, Hiduplah seperti anda punya Tuhan dan sayang kepadaNya. Aspirasi utama hidup yang saya selalu pegang - "Dalam setiap tindakan dalam hidup, usahlah menyusahkan orang lain" - In Sha Allah, anda akan berjaya."
Comments
Post a Comment