Buta dan Tuli

Hati berkira-kira untuk kembali ke FB sepert biasa, namun terbaca status 'Friends' yang masih 'buta'. Ya, bisa saja aku buta dan tulikan diriku terhadapnya. Butang 'Hide', 'Block' dan Delete' kan ada?? Namun, itu tidak merubah kesedihan dan kekecewaan hati terhadap sahabat-sahabat ini yang masih 'membutakan' hati. Janji Allah itu benar. Sekiranya bukan hari ini apabila segala bukti kebenaran disingkap Allah Ta'ala sebahagian demi sebahagian, mungkin suatu hari kau bakal jatuh terduduk melihat 'kebenaran' yang kau laungkan hanyalah fatamorgana. Pilihan itu ada di tanganmu sekiranya kau mahu membuka hati dan mindamu. Aku mendoakanmu. Aku doakan kau melihat kebenaran itu bukan dalam keadaan kau buta dan tuli. Sesungguhnya potensimu sungguh besar sekali. Sayang sekali disia-siakan ke atas seorang pendusta. Semoga Allah membantu kita semua. Pilihanku kini - kembali ke lubukku. Mungkin akan ku tutup terus sahaja FB ini dalam terdekat ini.

Comments

Popular Posts