Hari Pertama



 
It's so easy to spot him, even if he had come fully dressed with a tie :-)



Hari ini Uwais masuk Darjah Satu! Oh my darling dah 7 tahun :-) Dalam barisannya tadi aku perasan lah, dia seorang yang tidak bertali leher, sebab mamanya busy memeriahkan majlis perkahwinan makcik-makciknya minggu lepas, tidak berkesempatan ke sekolah untuk beli peralatan sekolah. Proses Orientasi bermula hari ini sehingga minggu hadapan. Selamat memulakan Darjah Satu Uwais! Mama sayang Uwais. I know you can do it! haha over plak :-P

Anyway, disebabkan aku tidak membeli sebarang peralatan, buku sekolahnya lagi, maka aku berhasrat untuk membeli kesemuanya hari ini. Sementara menanti kedai buku sekolah Uwais dibuka, aku duduk berhampiran kawasan rehat pelajar berhampiran pagar sekolah. Masih ramai ibubapa yang turut sama berada di situ, menantikan anak-anak mereka yang masuk Darjah Satu.

Sekitar jam 8 pagi, tiba-tiba kelihatan seorang pegawai Polis Trafik membonceng motosikal secara perlahan ke arah kami sambil melaungkan satu no plet kenderaan. 3 kali pegawai tersebut mengulang no tadi sambil melihat sekeliling kawasan yang masih ada ibubapa menanti.


Tidak lama kemudian, seorang lelaki menyahut, mengakui itu no plet kenderaannya. Pegawai tersebut lalu berkata, 'Sila alihkan kenderaan anda, ia berada di tengah-tengah jalan.' Kami yang berada di situ semua tersenyum sendiri membayangkan lokasi keretanya.


Sememangnya suatu kebiasaan bagi ibubapa/waris 'triple park' ketika menghantar anak ke sekolah di kawasan tersebut disebabkan tiada ruangan parkir yang sesuai untuk menghantar dan mengambil anak masing-masing. Bayangkan kesesakannya memandangkan ada 5 buah sekolah di jalan yang sama. Jalan tersebut pun akan ditukar menjadi laluan sehala dgn bantuan Polis Trafik pada waktu awal pagi, tgh hari dan lewat petang setiap hari persekolahan.


Tetapi hari ini hari pertama persekolahan di Kedah, jadi ada ibubapa yang terlebih lama berada di kawasan sekolah. Maka apabila kebanyakan ibubapa dan kenderaan pacuan mereka telah pulang, tinggallah beberapa kenderaan lain yang masih tidak berganjak, membuatkan ianya kelihatan berada 'di tengah-tengah' jalan.


Lelaki tersebut segera memohon maaf, mengucapkan terima kasih kepada Pegawai tersebut dan bergegas keluar untuk mengalihkan kenderaannya. Entah-entah di dalam hatinya bersyukur Pegawai tersebut dan rakan-rakannya rajin menyelusuri setiap sekolah mencari tuan punya kenderaan tersebut dan tidak terus menyamannya. Aku agak begitulah, because really who would want to start the first day of your child at school by getting a traffic compound ;-)


* I guess it's small, but positivity breeds positivity:-)


Second day - complete attire. Tie panjang drpd orgnya ;-)

Comments

Popular Posts