Week 3
18 Ogos hanya diluangkan di rumah menunggu response bagi meeting dengan PM Dr. NAB pada 19 Ogos di UIAM.
Aku tiba di UIAM sebelum 8 pagi 19 Ogos. Awalnya pertemuan diatur jam 2.30 ptg, namun di saat-saat akhir PM Dr. NAB menukarnya ke jam 9.30 pg kerana ada mesyuarat staf jam 2.30 ptg sempena lantikan Dekan baru Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Prof Akram Shair. Elok juga aku sampai awal, sebab ruang letak kereta di UIAM adalah amat terhad dan yang terdekat dgn bangunan kulliyyah kini semuanya sudah di'reserved' utk pensyarah & staf. Tidak seperti 7 thn lepas di mana ruang tpt kereta khas hanya utk pensyarah2 yg memegang jawatan admin.
Jam 12 aku tiba di SOGO, KL untuk dapatkan baju raya dan basahan utk kanak2 riang kat rumah semua. Ramainya manusia, pening kepala aku. Nak kata murah sgt pun tak jugak. Yg bestnya ada yg dtg siap dgn face mask semua. Hmmm...shopping tetap shopping. Then lunch dgn mama kat atas SOGO. After lunch, hantar mama back to her office - the KL Syariah Court.
Pagi 20 Ogos kami sekeluarga ke HUKM utk first checkup. Malas nak komen, free + training hospital, so what do you expect. Bayangkan nak buat ultrasound pun sampai 4 org. Semuanya ngaku lebih kurang 'saya baru puan, ..tak brp pandai lagi'. Alamak aih! Itu antara sebab knp masa Uwais hari tu, kami checkup di Pusat Pakar UKM di tingkat 7 jer (HUKM Private Wing). Senang...professional touch, cepat dan murah drpd private hospital lain.
Hospitals - high risk areas, so face mask jgn lupa...w/pun lekatnya kat muka tu sekejap ajer ;-)
Makan jgn tak makan...
Jumaat pagi 21 Ogos, aku hantar Aliyah trial tadika kat bwh kondo tpt kami tinggal. Ingatkan sampai pukul 3 ptg. Last2nya sbb hari Jumaat, half day jer rupanya. Nasib baik abah leh fetch Aliyah, sbb our scan is scheduled at 12.15 pm at HUKM, so takut tak sempat nak ambik dia balik.
Alhamdulillah semuanya ok, jam 1.oo pm scan siap beserta report dan CD lagi. Lepas Jumaat di BTR, kami terus ke Ampang utk ambik Aliyah. Dapatlah jumpa baby Wafirah, anak Sham & Lyn for the first time. Ptg terus ke TESCO Kajang, beli barang2 utk persediaan bulan Ramadhan. Ramainya umat manusia...Lupa pulak nak beli gula. Maklumlah M'sia kekurangan gula skrg ni. Ramadhan & Syawal pulak tu. Biasalah...M'sia tanahair tercinta ;-)
Aliyah & Uwais dgn baby Amni Wafirah, si manis mata bulat...
1 Ramadhan tahun ini bermula pada 22 Ogos. Malamnya aku sms 3-4 org ahli keluarga suruh check bangun sahur ke dak, sbb rumah Kenari takde jam loceng dan jam dinding gitu. Makanan semua dah siap masak malam lagi. So pagi2 sahur tinggal panaskan jelah. Alhamdulillah selamat sahur, siap leh tgk TV lagi, sbb terlebih awal pulak bangun.
Malamnya kami berbuka puasa di Ampang. Cukup korum, campur ipar duai dan anak2 semua. Dah lama tak cukup korum ni, maklumlah kalau yang dah bekeluarga ada tanggungjawab, destinasi dan halatujunya yang lain2. Kalau yang belajar dan bekerja lain pula. So must cherished the moment, even if it's for a while. (Tapi sekejap2 pun sempat jugak berjual beli gitu..he..he..he)
Menu Preliminary:
Meehon Goreng & Bubur Lambuk Masjid Jamek Kg Baru
Sementara tunggu berbuka,
Aliyah sempat posing ngan Baby Khairul Na'im yang semangat dan gebu itu...
23 Ogos tak ke mana. Penat. Makan berbuka pun ala kadar jer. Malas nak p Bazaar. Aku phobia org ramai & bau & yang penting sekali, takde bajet...he..he..he. Itupun nasib baik ada pasar malam kat tepi blok. Bolehlah beli kuih sikit. Kalau tak rasa mcm nak goreng telur jer... Kalau kat Melbourne ok jer, berbuka macam makan malam biasa je. Itulah satu best kalau puasa kat Melbourne, no pressure...jimat masa & belanja. Lgpun puasanya singkat, suasana di luar rumah mcm biasa (hu..hu..hu.. sbb omputeh kan tak puasa), kita kdg2 pun rasa mcm tak puasa dan tak penat sbb sejuk jer. Tgk2 dah berbuka.
Kalau rasa nak mkn lain sikit, kami iftar di Musolla Uni. Bolehlah merasa masakan negara2 lain. Best jugak, mcm menu2 international kat UIAM gitu. Pastu kat pejabat pulak, ada kwn2 non-Muslim (Oz & International) yg akan tanya knp kita puasa, mcm mana semua. Yg bestnya, bila dah tahu dia pun segan makan depan kita, siap mintak izin nak makan lagi @ keluar makan kat pantry instead of kat Opis. Itu kawan2 bilik akulah, mmg baik semuanya. Can't say about others lah. Tapi seronoklah, pengalaman baru...for both parties. Anyway, Alhamdulillah sudah 2 hari selamat berpuasa. Semoga penuhlah puasaku tahun ini, Insya Allah.
Salam Ramadhan utk Pn n family,
ReplyDeletePn, intipati perbincangan tu broken link la, x blh xcess..
Bznya Pn di bln pose ni ye..;)
nadh
Tq. Same to you. I tgh upload baru, nanti ptg sikit leh access, Insya Allah.
ReplyDeleteAnyway, dgr citer ada 'org tu' tk dpt p Oxford, yer? Ada pulak org nyampaikan baru2 ni. Ala kat mana2 pun, kalau we make full use of all opportunity, shd be fine..;-) All the best to you.
o yer ke? x dgr citer plak...kalu xdpt tu jarang la nk b'bunyi..;)
ReplyDeleteTq pn..
Salam Fadzlina,
ReplyDeleteSeronok nya buka puasa di M'sia. nanti raya lagi bestkan. ingat2 lah kami di Melbourne nie juga....;)
Kak zulie
W, salam Kak Zulie,
ReplyDeleteDh settle down? Seronok tak? Skrg ni kata angin ribut yer...
Insya Allah, balik nanti sy singgah lah raya rumah akak ;-)Boleh ke? he..he..he