Kristian Tegar

I'm supposed to finish up an abstract for a conference, but I'm writing this...OOOOO tidak!!! Nampak sgt aku sudah kembali menjadi pem'procrastinate' tegar!

Anyway, bercakap berkenaan tegar, supervisor ku yg terchenta, adalah seorang penganut Kristian yg amat tegar. Setiap kali perjumpaan, pasti aku akan belajar sesuatu yg baru berkenaan agama Kristian (sambil otakku rolling2 nak fikir atau tak nak fikir, apalah yg pakcik ni citer kat aku ni - LOL!). Bagi aku yg tak cukup ilmu ni, byk jugak aku nak libas balik, tp mengenangkan nak menjaga hubungan baik, aku lebih bykkan mendengar. Sememangnya kalau berbual dgnnya, perlukan minda yg terbuka dan hati yg sabar...dan iman yg tegar jua :-) Kdg2 aku pelik jugak, macam mana org intelek sptnya masih tak nampak permasalahan dan 'contradictions' agama Kristian, sedangkan byk kali dia juga dia mengaku, ya, Bible itu seringkali diubah2 mengikut kesesuaian keadaan dan zaman. Dia juga mengakui bhw lebih ramai org Islam yg tahu pasal Kristian berbanding dgn Kristian yg tahu pasal Islam.

Bukan itu shj, kerana dia selalu mempunyai joint venture research partners di Malaysia, maka selalulah dia akan membuat perbandingan perilaku org2 Malaysia, especially Melayu Islam. Pada pandangannya ramai Melayu Islam muda sedang menuju ke arah extremism. Byk juga contoh2 yg dia beri setiap kali dia berpeluang ke Malaysia. Ada sekali tu, katanya ketika dia turut sama (sebagai menghormati org2 Islam lain yg berpuasa masa tu) menunggu waktu berbuka puasa berhampiran Masjid Jamek, ada antara Melayu Muslim yg duduk berhampiran dgn nya membuka perbualan sekadar 'berbasa basi', tetapi isi kandungan perbualan padanya adalah sesuatu yg sgt menyakitkan hatinya. Antaranya, melabelkannya sebagai kafir dan me'maklum'kan yg dia akan 'terbakar' di neraka, dengan penuh sopan santunnya ;-). Pernah juga dia tidak dibenarkan masuk ke sebuah masjid di Johor Bharu kerana dia dikatakan seorang 'kafirun'.

Aduh, sedih betul lah kalau begini, bagaimana lah seorang Kristian, seperti supervisor ku yg tersayang, yg aku sudah anggap spt bapa angkat ku ni nak menerima Islam, sudahlah tegar, selepas itu semua pengalamannya dgn Muslim lain, terutamanya org2 Melayu, menonjolkan betapa tidak 'tolerant'nya dan 'judgemental' nya mereka kpd non-Muslim. Sedangkan Rasulullah pun mengamalkan toleransi, ini kan pulak kita yg belum tentu ke syurga atau neraka, hendak melabelkan siapa yg wajar ke neraka! Maka semakin jauhlah mereka2 ini dan tegarlah mereka di dalam agama2 asal mereka.

Entahlah, kadang2 aku rasa malas nak berfikir. Tapi mana mungkin!! Itu adalah tidak Islamik. Buat masa ini, apa yg boleh kudoakan adalah utk Allah berikan hidayah kepadanya utk menerima Islam suatu hari nanti. Sementara itu, usahlah buat perangai2 buruk spt di atas!! Semoga minatnya utk mendalami Islam akan menjadikannya kelak seorang Muslim yg tegar pula, Insya Allah. Amin.

Comments

  1. ahaks,
    akak teringat supervisor wani, anak dia baru je convert islam sbb kawin dgn org jakarta. wani pun doakan dia masuk islam mcm anak dia jugak

    ReplyDelete
  2. Insya Allah wani, hopefully some day :-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts